Khalid mulut celupar – Shahrir

Khalid mulut celupar – Shahrir

Veteran UMNO, Tan Sri Shahrir Samad ‘menegur’ sikap adiknya, Khalid yang dianggap celupar mengeluarkan kenyataan berkait isu pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Beliau melihat kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) itu sehingga mencetuskan perbalahan antara pemimpin dalam parti Kerajaan Perpaduan, menunjukkan adiknya tidak memahami maksud dan tujuan AMANAH menyertai kerajaan.



“Jadi kelam kabut bila pegawai parti tak memahami apa maksud dan tujuan partinya menyertai Kerajaan Perpaduan MADANI. Kesudahannya orang yang lebih tinggi (jawatan dalam parti) kena mohon maaf kerana mulut orang bawah yang celupar.

“Bukan ramai sangat pun, buat sahajalah ‘chat group’ (kumpulan sembang) untuk bincang,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Najib, 69, kini menjalani hukuman penjara 12 tahun selepas Mahkamah Persekutuan pada Mac lalu, menolak permohonannya untuk menyemak semula sabitan dan hukuman dikenakan berhubung kes penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd.

Dalam permohonannya, bekas Perdana Menteri memohon membatalkan keputusan dibuat panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat, pada 23 Ogos 2022.



Pada 28 Julai 2020, Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali, mendapati Najib bersalah terhadap tujuh tuduhan pecah amanah, menyalahgunakan kuasa dan pengubahan wang haram dan memerintahkannya dipenjara 12 tahun dan didenda RM210 juta.

Semalam, Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub memohon maaf kepada UMNO atas keterlanjuran kenyataan dikeluarkan Khalid, yang juga bekas Menteri Wilayah Persekutuan.

Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu pula menyifatkan kenyataan Khalid itu bukan pendirian rasmi partinya, sebaliknya pandangan peribadi.

Khalid dalam kenyataannya, merayu agar Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan menolak permohonan Najib untuk diampun dan dibebaskan dari penjara.



Ia mengakibatkan beberapa pemimpin UMNO, termasuk Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyelar pemimpin AMANAH itu, menyifatkan ia tindakan ‘kawan makan kawan’.

Pemimpin UMNO Kelantan pula menggesa supaya kerjasama politik antara UMNO dan AMANAH di negeri berkenaan diputuskan jika Khalid enggan memohon maaf.

Dalam hantaran berasingan, Shahrir berkata, kenyataan dikeluarkan adiknya berkait isu pengampunan bekas Perdana Menteri bukan perkara memeranjatkan.

“Siapa yang di belakang AMANAH tu pun, semua tahu. Sehingga Lembaga Tabung Haji (TH) sanggup dikurangkan pengaruh dan impaknya sebagai pemangkin kepada ekonomi Islam,” katanya. BH



Khalid mulut celupar – Shahrir

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker