Mahathir hipokrit terhadap ‘gelombang hijau’ PN

Mahathir hipokrit terhadap ‘gelombang hijau’ PN

Dr Mahathir Mohamad dituduh bersikap hipokrit dengan mendakwa tidak perlu takut kepada pengaruh “gelombang hijau” Perikatan Nasional (PN).

Penganalisis politik, Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, Mahathir sudah lama menyasarkan PAS, satu daripada dua parti utama dalam PN, khususnya ketika menjadi perdana menteri buat pertama kali selama 22 tahun.



“Berdasarkan kritikan lamanya terhadap PN, Mahathir bersikap hipokrit dengan memberitahu orang ramai tidak takut dengan gelombang hijau sekarang,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata, antara kritikan Mahathir termasuk melabel PAS “kafir” pada September tahun lalu kerana bekerjasama dengan Umno dan parti bukan Islam.

Bekas perdana menteri itu juga pernah berselisih dengan PAS yang cuba melaksanakan hudud (hukuman jenayah Islam) di Kelantan.

November lalu, beliau mendakwa Islam akan disalahgunakan jika PAS membentuk kerajaan persekutuan dan akan ada “banyak masalah” disebabkan pelampau dalam parti itu.



Awang Azman berkata, Mahathir kini berharap dapat memanfaatkan kemenangan PAS ke atas 49 kerusi pada PRU 2022, selain dilaporkan berjaya meraih undi Melayu.

“Mahathir menggunakan PAS untuk melawan Pakatan Harapan dan Umno.”

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura berkata, Mahathir mungkin salah faham istilah “gelombang hijau”, yang sebenarnya bersifat keagamaan.

“Walaupun ia mempunyai unsur nasionalisme Melayu, saya rasa daya tarikan agamanya jauh mengatasi aspek perkauman.”.



Katanya, mungkin “permusuhan tidak berbelah bahagi” Mahathir terhadap Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini berkembang ke tahap mempertimbangkan untuk bekerjasama dengan PN bagi mencapai “matlamat politik utamanya” untuk menjatuhkan Anwar. FMT

Mahathir hipokrit terhadap ‘gelombang hijau’ PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Curang, Farid sindir Diana ke?

Adira ditegur pakai baju cantik tapi dada….



Jimin BTS Photobomb Video Zahirah Macwilson [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker