Pekerja seks tikam kemaluan pelanggan

Pekerja seks tikam kemaluan pelanggan

Seorang pelacur menikam kemaluan seorang pelanggannya kerana mendakwa lelaki itu berhutang dengannya kira-kira 1,000 kwacha (RM4.35) di Monkey Bay, Malawi, lapor portal berita Daily Star semalam.

Polis negara itu berkata, pekerja seks itu telah ditangkap dan kini menghadapi tuduhan yang serius.

Portal berita Malawi 24 berkata, kejadian ngeri itu berlaku di daerah Mangochi melibatkan pekerja seks dikenali sebagai Patricia Wyson.

Dia didakwa menikam kemaluan pelanggannya dengan sebilah pisau.

Jurucakap Balai Polis Monkey Bay, Sarjan Alice Sichali berkata, kejadian berlaku di Kampung Chembe di kawasan Pihak Berkuasa Tradisi Nankumba, Cape Maclear pada malam Jumaat lalu.

Lelaki itu dikejarkan ke pusat kesihatan Cape Maclear dan kemudiannya dirujuk ke hospital komuniti Monkey Bay untuk rawatan serta pemeriksaan lanjut.

Pelacur itu kemudiannya ditangkap dan dia perlu menjawab beberapa pertuduhan termasuk berniat menyebabkan kecederaan parah, lapor Malawi 24. K Online

Pekerja seks tikam kemaluan pelanggan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker