Sikap matang Dhabitah tambat hati Jiggy

Sikap matang Dhabitah tambat hati Jiggy

Sikap matang Dhabitah tambat hati Jiggy

Sikap matang atlet penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, 23, menambat hati pelawak dan pelakon, Jiggy, 33, untuk melamarnya walaupun baru berkenalan rapat kira-kira setahun serta jarak usia 10 tahun antara mereka.

Jiggy atau nama sebenarnya Mohammad Aizat Ahmad Nazri ketika dihubungi berkata, dia bersyukur dipertemukan jodoh dengan isterinya, Dhabitah dan diterima baik keluarga mentua walaupun pernah kecundang pada perkahwinan lalu.



“Pada awal perkenalan dengan Dhabitah dalam satu sesi fotografi, saya ingatkan dia wanita yang menghampiri usia 30 tahun kerana sikap matangnya. Tapi, sebenarnya dia lebih muda daripada saya dan jarak usia antara kami, 10 tahun.

“Dhabitah ini memang boleh tahan tegas orangnya. Tapi, dia (Dhabitah) lebih kepada matang apabila buat keputusan dan matang memikirkan apa yang dia inginkan. Jadi, saya melihat ia sebagai sesuatu yang boleh melengkapkan saya.

“Maklumlah, kita berkahwin ini mahu saling melengkapi. Oleh itu, bagi saya ia satu benda yang bagus saya melihat ada pada diri dia. Malah, bila dah lama-lama kenal Dhabitah memang matang dan dia tak buat-buat matang,” katanya kepada Harian Metro.


Baca Artikel Menarik:

Habis Ramadhan, Daiyan Trisha kembali seksi




Mengulas kerjaya sukan isterinya, Jiggy berkata, dia tidak menghalang Dhabitah terus aktif sebagai penerjun negara kerana memahami ada impian ingin dicapai isterinya yang mahu terus beraksi di Sukan Olimpik.

“Saya dan Dhabitah sudah berbincang mengenai kerjaya dan saya akan terus memberikan sokongan kepadanya sehingga ke tahap prestasi Olimpik yang ingin dicapai. Apatah lagi, dia masih muda dan perjalanan kariernya juga masih jauh.

“Kami juga bersedia merancang keluarga kerana sebagai suami, saya faham keinginan isteri. Kami sama-sama saling berbincang dan menerima di antara satu sama lain seadanya,” katanya yang turut memohon maaf kepada media kerana majlis perkahwinan itu diadakan secara tertutup.



Jiggy juga merahsiakan jumlah wang hantaran dan mas kahwin diberikan kepada Dhabitah atas permintaan keluarga yang perlu dihormati mereka.

Ditanya juga perasaan gementarnya melamar Dhabitah, anggota kumpulan lawak Masin ini berkata, memang dia amat berdebar, tapi bersyukur kerana kesungguhan dan keikhlasan hatinya diterima baik wanita dicintai itu.


Baca Artikel Menarik:

Hattan dakwa tak tahu itu program ‘live’




Terdahulu, Jiggy mengesahkan sudah bernikah dengan Dhabitah pada Jumaat lalu yang berlangsung di kediaman wanita itu dan hanya sekali lafaz mereka sah bergelar suami isteri.

Jiggy berkata, dia dan isteri juga tidak berniat merahsiakan atau menyorok perkahwinan mereka, namun ia dilakukan kerana menjaga janji kepada kedua-dua belah pihak keluarga untuk tidak mengumumkan apa-apa selagi belum ada ikatan sah.

Terdahulu, beberapa bulan lalu timbul gosip mendakwa Jiggy dan Dhabitah hangat bercinta dan dalam perancangan menyusun langkah untuk bernikah tidak lama lagi.

Sebelum ini, Jiggy pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Elly Ariffin pada 9 September 2016 Namun, jodoh mereka terlerai pada 30 Januari 2020 dan tidak dikurniakan cahaya mata. HM




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker