Habis Ramadhan, Daiyan Trisha kembali seksi

Habis Ramadhan, Daiyan Trisha kembali seksi

Habis Ramadhan, Daiyan Trisha kembali seksi

SEPANJANG Ramadhan lalu, sejuk mata Diva memandang penampilan pelakon jelita Daiyan Trisha apabila tampil dengan imej sopan dan tertutup.

Lebih-lebih lagi ketika Ramadan lalu Daiyan sempat menunaikan ibadah umrah buat kali kedua. Seperti yang semua tahu, antara perkara yang dipohon oleh Daiyan adalah doa daripada orang ramai supaya dirinya dibukakan pintu hati untuk berubah ke jalan yang lebih baik.



Alih-alih, baru-baru ini Daiyan ada berkongsi beberapa keping foto menghadiri sebuah majlis dengan berpakaian yang agak mencolok mata.

Eh? Dah seksi balik ke? Syawal belum pun lagi melabuhkan tirainya. Dalam majlis tersebut, pelakon berusia 29 tahun itu dilihat menggayakan gaun hitam dengan potongan yang agak luas pada bahagian dadanya.

Biarpun tidaklah terlalu seksi sehingga membuatkan biji mata berdarah, namun potongan dada gaun itu yang agak luas, boleh membuatkan sesiapa sahaja geleng kepala.


Baca Artikel Menarik:

Hattan dakwa tak tahu itu program ‘live’




Dalam ruangan komen, ada segelintir pengikutnya tetap mendoakan semoga Daiyan dapat menutup auratnya dengan sempurna suatu hari nanti.

“Semoga dipermudahkan perjuangan Daiyan menutup aurat dengan sempurna,” kata seorang peminatnya.

Tapi tak banyak pun komen yang mendoakan supaya Daiyan berubah, sebab paling banyak komen memuji gaun yang digayakan itu kerana dikatakan cantik. Mungkin komen-komen jelek dah dipadam?



 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof



Jasmine tukar agama di India?

Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker