Jijik tengok baju Melayu nampak perut Fahad Iman
Jijik tengok baju Melayu nampak perut Fahad Iman
Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam TikTok miliknya, pelakon berusia 30 tahun itu dilihat menggayakan baju Melayu berwarna hitam rekaan pereka fesyen yang sememangnya dikenali kerana keunikan ideanya.
Rasanya kalau tak sebutkan nama pereka fesyen itu, semua orang dah kenal memandangkan sudah banyak rekaan pelinya diperkatakan ramai.
Namun apa yang menyakitkan mata, baju Melayu itu direka dengan potongan ‘crop top’ atau bahasa nak bagi orang kampung faham baju yang singkat sehingga menampakkan bahagian perut.
Tahulah musim panas, tambah panas pula tengok baju tradisional kebangaan bangsa dicemarkan dengan kreativiti mengarut sedemikian rupa. Tak sensitif dengan budaya Melayu pun ada juga.
Gara-gara menggayakan rekaan baju Melayu dengan potongan aneh itu, ramai juga netizen yang mengecam tindakan Fahad.
Bagaimanapun, ibarat mencurah air ke daun keladi, Fahad nampaknya sedikit pun tidak terkesan dengan kecaman yang dilemparkan kepadanya, malah berasa bangga apabila memberitahu keluarganya sendiri tidak berkata apa-apa tentang baju tersebut.
Kata Fahad, netizen yang lebih-lebih kecoh, sedangkan keluarganya sendiri tidak bersifat toksik. Suka hati kaulah Fahad. Kita sendiri pun tak setuju kalau baju Melayu diubah gayanya sehingga hilang identiti.
Kalau kita sendiri orang Melayu tidak menghargai warisan budaya sendiri, jangan haraplah bangsa lain nak hormat identiti kita. Tepuk dada tanya selera. K Online
Jijik tengok baju Melayu nampak perut Fahad Iman
Baca Artikel Menarik:
- Ini permintaan terakhir arwah Mael XPDC
- Buruh durjana ceroboh kuarters kerajaan rogol penjawat awam
- Membuka kisah rumah terbuka dan kekalutan PAS dan PN
- Kemana Sugu Pavithra Menghilang?
- Jangan nak buat muka sedih – Isteri Nd Lala
- Zara Zya dedah cerita sebenar Bubble Bee
- Ini Gaji Sebenar Imam Besar Masjidil Haram
- Zeti perlu dipertanggungjawabkan dalam skandal 1MDB
- Jalan kaki nak beraya dengan cucu kerana tiada duit tambang
- ND Lala beraya di mana? Syada Amzah kongsi keadaan sambut Aidilfitri penuh kesedihan
- Tol percuma ketika raya, rakyat Indonesia benar-benar terkejut sambil berkata untung jadi rakyat Malaysia
- Carikan pendakwah untuk saya – isteri Hafidz Roshdi
- David Teo beri ‘tazkirah’ isu buka tudung isteri Haqiem Rusli
- Meghan Trainor trauma sakit zakar suami terlalu besar
Layari Laman Facebook MYKMU.NET