Tok Mat bidas kenyataan Khalid Samad

Jangan jaga sangat tepi kain orang, kain sendiri pun banyak lumpur bila basuh

Tok Mat bidas kenyataan Khalid Samad

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan kesal dengan kenyataan Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Abdul Samad, berhubung isu pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Beliau berkata, kenyataan seperti itu tidak wajar dikeluarkan kerana ia boleh memberi kesan dan menjejaskan keharmonian dalam kalangan pemimpin Kerajaan Perpaduan.



“Itu satu kenyataan yang tak sepatutnya keluar daripada mulut beliau (Khalid Abdul Samad), kalau kita hendak jaga keharmonian (Kerajaan Perpaduan), kita tak cakap macam itu..jadi elok lah kita kurangkan kenyataan seperti itu kerana ia beri kesan kepada rakan-rakan kita.

“Saya minta supaya kepemimpinan peringkat Barisan Nasional (BN) supaya kita jaga, perkasakan parti, kita boleh kumpulkan kekuatan, kita akan dapat kekuatan yang besar.

“Jadi, jangan heboh pasal orang, jangan heboh pasal parti lain, jangan jaga sangat tepi kain orang, kain sendiri pun banyak lumpur bila basuh,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Parlimen Rembau di Rantau, di sini, hari ini.

Khalid melalui kenyataan dikeluarkan kelmarin merayu kepada Yang di-Pertuan Agong dan Lembaga Pengampunan supaya menolak permohonan Najib untuk diampun dan dibebaskan dari penjara.



Semalam media melaporkan UMNO Kelantan memberi kata dua kepada Khalid sama ada memohon maaf atau berdepan penarikan balik kerjasama antara parti di negeri itu.

Ketua Penerangan UMNO Kelantan, Datuk Zawawi Othman, dalam kenyataan menegaskan bahawa rayuan pengampunan yang dibuat terhadap Najib itu adalah keputusan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Sementara hari ini pula, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi menyifatkan kenyataan Khalid itu sebagai ‘kawan makan kawan’ dan sukar untuk bersahabat dengan AMANAH.

Mohd Puad menegaskan bahawa AMANAH hanya layak menjadi kawan dalam politik dan bukannya sahabat dalam perjuangan.



Mengulas lanjut sama ada kenyataan yang dikeluarkan Khalid itu boleh menjejaskan kedudukan Kerajaan Perpaduan, Mohamad yang juga Menteri Pertahanan dan Ahli Parlimen Rembau berkata, pihaknya tidak mengambil kenyataan itu sebagai pendirian parti AMANAH.

“Kita tidak ambil kenyataan yang dikeluarkan secara melulu itu kerana ia dilihat bukan satu pendirian parti mereka (AMANAH),” katanya. BH

Tok Mat bidas kenyataan Khalid Samad

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Allah Benci Isteri Sebegini – Syamsul Yusof

Jasmine tukar agama di India?



Peluk suami waktu zikir, Abby Abadi ditegur netizen



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker