Kecuaian siar data 11,000 pemohon, UiTM akui kesilapan dan mohon maaf

 

KUALA LUMPUR: Universiti Teknologi MARA (UiTM) memohon maaf dan mengambil maklum mengenai dakwaan mengenai berlaku kebocoran data lebih 11,000 pemohon universiti berkenaan.

Menerusi akaun Twitter rasminya, UiTM mengesahkan pautan kepada senarai sebanyak 11,891 nombor kad pengenalan dan e- mel pemohon itu tidak lagi aktif kerana kemas kini telah dilakukan.



“Pautan kepada senarai tersebut tidak lagi aktif dan kemaskini telah dilakukan. Pihak UiTM mohon maaf di atas kesilapan yang berlaku,” katanya menerusi kenyataan di Twitter.

Terdahulu , seorang pengguna Twitter mendakwa UiTM menyiarkan nombor MyKad dan e-mel 11,891 pemohon di internet.

Katanya, maklumat nombor kad pengenalan dan alamat e-melnya turut didapati dalam senarai berkenaan.

Semakan di laman Twitter milik pengguna itu menunjukkan beberapa tangkap layar senarai itu.



Menurut pengguna Twitter itu, pautan itu dikongsi dengan pelajar untuk menyemak butiran peribadi mereka menerusi fungsi carian di pelayar internet.

Beberapa pengguna media sosial mengkritik UiTM susulan kesilapan itu dan menyifatkan pihak universiti sebagai cuai.

Beberapa pengguna berkata, UiTM tidak menggunakan perisian memproses data yang dipercayai bagi menyimpan maklumat sensitif.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker