Sanusi diberi amaran, bayar atau terima notis bankrap

Sanusi diberi amaran, bayar atau terima notis bankrap

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor diberi tiga pilihan dalam menyelesaikan kes tuntutan ganti rugi saman fitnah yang dikemukakan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar.

Mahfuz berkata, Muhammad Sanusi perlu membayar segera RM120,000 seperti yang diputuskan Mahkamah Rayuan Putrajaya atau beliau bakal berdepan notis kebankrapan yang akan difailkan ke atasnya sekiranya gagal berbuat demikian.



Menurutnya, tuntutan RM120,000 akan dinaikkan kepada RM240,000 sekiranya Muhammad Sanusi berhasrat untuk mengemukakan penangguhan atau rayuan berhubung keputusan mahkamah berkenaan.

“Saya akan bincang dengan peguam dalam masa terdekat untuk meneruskan tindakan yang bersesuaian termasuk menyita aset Menteri Besar Kedah sekiranya beliau masih menangguh bayaran saman tersebut.

“Saya akan tunggu nasihat peguam sama ada akan failkan kebankrapan terhadap Sanusi atau sita harta beliau dengan nilai RM120,000,” katanya dalam sidang akhbar di Wisma Parti Amanah Negara (Amanah) Kedah di sini pada Khamis.

Pada Selasa, Muhammad Sanusi meminta Mahfuz merujuk dan berurusan dengan peguamnya untuk sebarang pembayaran ganti rugi berkenaan dan bukan secara terus kerana kes berkenaan diuruskan oleh peguam masing-masing.



Bagaimanapun Mahfuz tegaskan, ia sudah melebihi 14 hari daripada tempoh bayaran saman dan sepatutnya Muhammad Sanusi tidak perlu menunggu untuk berurusan melalui peguam dengan peguam.

“Muhammad Sanusi ada pilihan undang-undang. Beliau boleh pindahkan wang itu terus ke akaun saya, iaitu RM120,000 campur RM15,000 sebagai kos mahkamah dan RM10,000 kos guaman menjadikan keseluruhan RM145,000. Kemudian maklum menerusi WhatsApp dan selesai,” katanya lagi. Sinar

Sanusi diberi amaran, bayar atau terima notis bankrap

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah



Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker