Gambar peribadi seorang guru dipapar dalam video lucah

Gambar peribadi seorang guru dipapar dalam video lucah

Polis menerima laporan daripada seorang guru wanita di daerah ini yang mendakwa gambarnya dan ahli keluarganya dimuatkan dalam video lucah yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mangsa yang berusia 40-an itu membuat laporan polis pada Selasa lalu.



Menurutnya, guru terbabit membuat laporan tersebut selepas menyedari gambar yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya telah disalahgunakan oleh individu tidak bertanggungjawab.

Katanya, mangsa menyedari video lucah melibatkan ahli keluarganya itu tular di media sosial pada 15 Mac lalu.

“Kita sedang menyiasat kes ini dan kita juga sedang mengenal pasti pemilik akaun media sosial itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Video tersebut telah mendapat sebanyak 2.4 juta tontonan pengikut laman sosial itu.



Hanyan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 15 (a) Akta Kesalahan Seksual Atas Kanak-Kanak 2017

Gambar peribadi seorang guru dipapar dalam video lucah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah



Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker