Diancam mafia Pakistan, ahli perniagaan Malaysia minta bantuan Wisma Putra

Diancam mafia Pakistan, ahli perniagaan Malaysia minta bantuan Wisma Putra

Ahli perniagaan Malaysia berasal dari Pakistan, Mohammad Tahir Rahat meminta bantuan Wisma Putra berhubung keselamatan keluarganya susulan kediamannya di negara itu dihujani peluru oleh sekumpulan mafia tempatan, baru-baru ini.

Menurutnya, serangan mafia berpunca tindakan kumpulan itu mahu merampas tanah miliknya yang diwarisi sejak turun temurun di Hisari Nehri, Pakistan.



“Pada Ahad lalu, sekitar 200 orang mafia lengkap bersenjata melepaskan tembakan ke arah menara peninjau rumah. Kejadian itu menyebabkan saya terpaksa membalas tembakan dengan mereka.

“Kejadian itu berlarutan sehingga jam 8.30 pagi, itu pun setelah pihak polis tiba. Namun, kedatangan mereka hanya menyuraikan tembak menembak bukan menghentikan kegiatan mafia berkenaan.

“Kumpulan mafia itu kini telah merampas tanah milik saya buat masa sekarang dan mereka juga telah membina tembok pengadang serta menara peninjau di kawasan berkenaan,” katanya menurut Sinar Harian.

Katanya, mafia tersebut pada hari sama bertindak menutup semua jalan keluar masuk ke rumahnya itu dari 7 pagi hingga 7 petang supaya tiada bantuan dapat diberikan.



Tahir berasal dari Pakistan telah berhijrah ke Malaysia bagi memulakan kehidupan baharu pada sekitar akhir 1980-an dan berjaya mendapatkan taraf kewarganegaraan.

Pada 2016, Tahir pernah dinobatkan Anugerah Panglima Jasa Negara (PJN) oleh Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atas penglibatan aktif dalam misi kemanusiaan antarabangsa di Myanmar dan juga Kashmir.

Beliau juga aktif bersama Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Bagaimanapun, sekitar 2020, beliau kembali semula ke Pakistan setelah mendapat tahu mengenai cubaan mengambil alih tanah miliknya oleh waris di negara berkenaan secara tidak sah.



Beliau berkata, isu berkait hak milik tanah itu dibawa ke mahkamah tertinggi dan berjaya.

Bagaimanapun, Tahir berkata, warisnya di Pakistan telah mengambil tindakan secara haram dengan menjual tanah milik beliau kepada sekumpulan mafia di sana.

Diancam mafia Pakistan, ahli perniagaan Malaysia minta bantuan Wisma Putra

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah



Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker