Jasmine dedah fantasi sebenarnya

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

SEDARI kemunculannya sebagai pelakon, Jasmine Suraya cukup laku ditawarkan dengan watak antagonis. Persembahannya kerap cemerlang tatkala menghidupkan watak contohnya wanita penggoda.

Bagaimanapun, Jasmine atau nama sebenarnya Jasmine Suraya Chin, 33, enggan lagi tersekat dalam zon itu saja. Bukan menolak rezeki, namun dia semahunya tidak terus-menerus melekat dengan watak antagonis saja.



Pelakon kelahiran Kuching, Sarawak ini juga percaya masih ada watak antagonis yang akan memuaskan dirinya sebagai pelakon. Namun, katanya dia perlu sangat memilih dan kenal pasti watak dimahukan tidak klise.

“Sudah dua tahun saya tidak berlakon watak antagonis sebab saya tak nak ada imej yang asal watak jahat, saya saja pandai mainkan. Saya tak suka itu.

“Jadi, kalau saya nak pilih watak jahat, kena benar-benar watak yang berbaloi. Saya rasa watak jahat satu ‘fine line’ untuk mainkan kerana ramai orang yang mainkan watak sebegitu dengan cara sangat klise.

“Saya tak nak lakukannya dengan klise contohnya daripada segi ekspresi wajah, atau sebagainya,” katanya.



Turut membintangi drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah yang diterajui Aliff Aziz dan Sophia Al-Barakbah sebelum ini, Jasmine berkata wataknya dalam drama itu antara paling memberikannya kepuasan besar.

Mana tidak, bukan saja dapat ‘melempiaskan’ sisi lakonan terbaiknya, bahkan dia mendapat ilmu yang cukup berharga. Menerusi pembabitan drama itulah membuatkan dia dapat tahu mengenai penyakit Erotomania.

“Saya sangat seronok lakukannya kerana penyakit watak itu saya tak pernah tahu wujud. Rasanya ramai orang pun tak tahu mengenainya. Ia dipanggil Erotomania di mana dalam hidup seseorang, dia akan sayang orang dan berfantasi orang itu pun sayang dia.

“Banyak perkara yang berlaku dalam fantasi dia dan dia akan ingat ia betul. Tapi sebenarnya ia tidak betul. Ia adalah sejenis penyakit bipolar yang memang ada diagnosis,” katanya.



Jasmine sangat terkejut betapa penyakit itu sebenarnya menarik namun pada masa sama membimbangkan. Ini kerana realiti yang dicipta pesakit Erotomania akan bercanggah dengan kehidupan sebenar.

“Banyak perbualan katakan dalam realiti, kalau tak selari dengan sistem kepercayaannya, secara automatik, otaknya akan menghapuskan inti perbualan itu.

“Apa yang dia imaginasikan dalam fikiran baginya berlaku dalam kehidupan realiti. Memang sangat menakutkan kerana penghidapnya percaya dia adalah pemilik kepada seorang yang dia sayang dalam fantasinya,” katanya.

Bukan sekadar dapat ilmu baharu, Jasmine juga puas mengerah emosi terdalamnya dalam drama itu. Katanya tahap permainan wataknya cukup berbeza dan paling utama sebuah watak antagonis yang tidak klise.



“Jadi, karakter itu memang sangat mencabar terutama sekali apabila membabitkan watak yang saya bersendirian. Tahap agresif khasnya apabila saya kena menangis dan mencurahkan emosi, bukan hanya perlu tunjuk sebaliknya benar-benar rasa.

“Bukan sekadar keluarkan air mata buaya ataupun marah dengan menjerit. Saya pun tak nak yang itu. Sebab saya rasa ia lebih kepada kemarahan dalaman penuh beremosi yang bagi saya sangat susah,” katanya.

Dalam pada itu, Jasmine cukup gembira dapat cutikan diri berjalan-jalan dan kongsinya di media sosial sebagai amalan pentingnya kebelakangan ini. Katanya, memang ada rasa tertekan juga kalau rasa ketinggalan di media sosial.

“Berkongsi perkembangan baharu dan hantaran di media sosial adalah cukup penting buat selebriti. Memang rasa sedikit tertekan juga kalau tidak dapat sajikan kandungan yang terbaik kepada pengikut.



“Apapun, saya tak naklah sampai memaksa diri sangat kerana pada masa sama kesihatan mental sangat saya utamakan. Kalau pergi bercuti pun, itu antara cara tenangkan diri dan kongsilah juga keberadaan saya,” katanya.

Jasmine yang kini sudah bernaung di bawah pengurusan baharu juga semakin rancak menyusun perancangan bersama pihak pengurusannya bagi memastikan media sosialnya interaktif.

Dalam perkembangan lain, Jasmine bakal memulakan penggambaran drama komedi romantik, dan projek bersama penerbit terkenal, Datuk Saniboey Mohd Ismail, tidak lama lagi.

Kata Jasmine, dia sangat teruja untuk menjayakan watak daripada projek yang bakal disiarkan di platform penstriman, Tonton.



“Watak ditawarkan antara karakter paling diimpikan dan percutian ke India ini juga salah satu cara untuk saya membentuk personaliti dalam karakter seterusnya,” katanya.

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)

Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker