ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Sekian lama tidak membuat sebarang hantaran dalam media sosial, penyanyi popular era80an, ND Lala menjemput orang ramai hadir ke majlis raya eksklusif yang akan diadakan pada 6 Mei ini di Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Menerusi video yang dimuat naik dalam Instagram, ND Lala mempelawa lapan individu bertuah untuk dibimbing menerusi program keusahawanan yang disediakan sehingga berjaya.



“Saya ingin menjemput anda menyertai program eksklusif Ver-Raya. Saya ingin mencari lapan orang dalam media sosial untuk dibimbing sehingga berjaya melalui sesi penerangan secara percuma.

“Syaratnya berumur 18 tahun ke atas dan terdapat sesi konsultasi perniagaan, cabutan bertuah dan peluang keusahawanan,” katanya.

Bagaimanapun, hantaran tersebut mengundang sindiran netizen yang memberi nasihat kepada penyanyi itu supaya pulang berhari raya dengan ahli keluarganya.

“Balik beraya dan luangkan masa dengan anak dan isteri pertama itu lagi bagus. Bawa-bawa bertaubat jangan hanya ikut nafsu sahaja,” perli warga maya.



“Sudah tua hendak menggatal lagi, sedarlah kubur sudah memanggil-manggil,” tulis netizen.

Terdahulu, ND Lala terpalit kontroversi kononnya dikatakan sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita yang jauh lebih muda daripada isterinya.

Usaha untuk mendapatkan ND Lala untuk merungkai kemelut tersebut gagal. Utusan

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)



Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker