Cat Farish Bercinta Dengan Shikin Maembong?

Cat Farish Bercinta Dengan Shikin Maembong?

Baru-baru ini, pelakon dan penyanyi Cat Farish memuat naik video bersama anak perempuan kepada kakak pelakon Emma Maembong iaitu Shikin Maembong.

Menerusi hantaran tersebut, Cat atau nama sebenarnya Farish Ramli dilihat sedang menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuan Shikin Maembong iaitu Arianna Natasya, 8.



Namun, apa yang menarik perhatian adalah Cat menggelarkan dirinya sebagai ‘daddy’ dan Shikin turut memanggilnya dengan panggilan tersebut di ruangan komen.

Malah, Shikin juga memuat naik foto mereka sekeluarga bersama Cat dan anak-anaknya ketika sedang menyambut kelahiran puterinya serta menyatakan bahawa Cat adalah keluarga baharunya.

“First surprise birthday @ariannatasyaofficial from papa @chefriz, atok @chefwan58 and mommy @l_nurell with our new family… daddy, kakak nia, kakak eva & abg qul,” tulis Shikin.

Menjengah di ruangan komen, ada individu bertanyakan adakah Shikin telah berkahwin dengan Cat, dia hanya meminta untuk mendoakan yang terbaik untuknya.



Bukan itu sahaja, Cat juga meletakkan tanda pagar #takenbyher di bahagian bio Instagramnya begitu juga Shikin meletakkan tanda pagar #takenbycaterpillar sekaligus menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka sedang bercinta.

Sebelum ini, Cat mengesahkan bahawa telah menceraikan isterinya menerusi perkahwinan kedua bersama Suriani Hassan, 37 dengan talak satu.

Sebelum itu, Cat berkahwin dengan Hartiny Ramli namun bercerai pada 2016.

Hasil perkongsian hidup, Cat dan Hartiny dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nia Karlyssa, 15 Eva Latheefa, 13 dan Qul Iskandar, 12. Xtra



Cat Farish Bercinta Dengan Shikin Maembong?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bergegar-gegar Watie naik kuda (Video)



Hattan vs Nursyazwani: Niat betul cara salah

Suami Heliza jawab tuduhan sebagai scammer



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker