Ridhuan ajak Agus berdebat

Ridhuan ajak Agus berdebat

Pendakwah bebas, Prof. Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah mengajak Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mohammad Agus Yusoff untuk berdebat.

Ridhuan berkata, perdebatan tersebut berlandaskan tajuk ‘Malaysia Madani: J-KOM tidak berpolitik?’.



“Saya cadangkan Dr Agus sediakan platform untuk kita berdebat, atas tajuk Malaysia Madani: J-KOM tidak berpolitik? Kekuatan dan kelemahan. Kita berkata benar.

“Sudah lama saya tidak sepentas dengan Dr. Agus, inilah masanya untuk kita bersua muka secara langsung, melalui RTM TV1. Lepaskan gam saya,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Agus sebelum ini bahawa Jelajah Ikon Madani anjuran J-KOM bukan medan untuk berpolitik.

Sebaliknya jelajah tersebut merupakan medium untuk menjelaskan dasar kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Malaysia Madani.



“Agus! Jawablah daripada lubuk hatimu, apakah benar jelajah ini tidak ada kaitan dengan politik? Selaku bekas Pensyarah Sains Politik, teruja saya bertanya, apa makna politik dan berpolitik?

“Adakah J-KOM bebas daripada campurtangan politik, sekadar menyampaikan dasar kerajaan sahaja? Kalau begitu berkata benarlah. Adakah enam bulan yang berlalu, semuanya baik-baik belaka,” katanya.

Sementara itu Ridhuan menggesa supaya Agus memahami erti sebenar maksud Madani.

“Banyakkan membaca buku-buku berkaitan dengan apakah yang dimaksudkan dengan Madani bukan sekadar menyebut dan menyokong Madani, Madani, Madani dan salam Malaysia Madani.



“Saya jadi geli geleman, dulu salam keluarga Malaysia, salam Satu Malaysia. Lepas ini salam apa lagi.

“Ingat Agus, Madani membawa makna yang begitu besar ertinya. Ingat juga teori politik Machiavelli yang kita sama-sama belajar, matlamat tidak menghalalkan cara,” katanya.

Agus sebelum ini dilaporkan menafikan dakwaan tindakan J-KOM menyantuni pelajar di universiti menerusi program Jelajah Ikon Madani bertujuan politik.

Agus menegaskan, pandangan tersebut tidak betul sebaliknya ia adalah untuk menjelaskan dasar kerajaan dan konsep Malaysia Madani cetusan Anwar.



“Hasrat kami memasuki UiTM atau universiti menyantuni pelajar bukan untuk kepentingan politik atau berkempen supaya menyokong parti A atau parti B, J-KOM tahu batas-batas yang boleh dimainkan, kecuali untuk mempertahankan dasar kerajaan.

“J-KOM menjadi komunikasi dua hala antara kerajaan dan rakyat termasuk mahasiswa dengan penyaluran maklumat yang tepat, sahih serta bijaksana dan kami harus memainkan peranan ini dengan proaktif,” kata Agus selepas merasmikan Townhall Madani dan Jelajah Ikon Madani di Universiti Teknologi Mara Kampus Rembau 6 Mei lalu. MG

Ridhuan ajak Agus berdebat

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya



ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker