Sengaja gugurkan kandungan, Hafidz lapor polis terhadap Nurul Shuhada [VIDEO]

Sengaja gugurkan kandungan, Hafidz lapor polis terhadap Nurul Shuhada [VIDEO]

Sengaja gugurkan kandungan, Hafidz lapor polis terhadap Nurul Shuhada [VIDEO]

Pelakon Hafidz Roshdi mendakwa isterinya, Nurul Shuhada mengugurkan kandungan yang berusia 14 minggu dengan sengaja.

Menguatkan dakwaan tersebut, Hafidz atau nama penuhnya Muhammad Hafidz Roshdi memberitahu, Shuhada ada menghubunginya bagi memaklumkan ingin menggugurkan kandungannya beberapa hari sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.



Sehubungan itu, Hafidz, 29, bertindak membuat laporan polis atas dakwaan Shuhada menggugurkan kandungan dengan sengaja.

“Dia ada hubungi saya menerusi aplikasi WhatsApp dan memaklumkan tentang kehamilan dan ingin gugurkan kandungan.

“Jadi, saya buat laporan polis mengenai menggugurkan kandungan tersebut untuk pihak berkuasa melakukan siasatan. Memang sedih apabila dapat tahu tentang keguguran anak ketiga kami,” katanya kepada Kosmo! Online di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, di sini, hari ini.


Baca Artikel Menarik:

Dakwaan gugurkan kandungan fitnah, Nurul Shuhada terkilan dan kecewa




Jelasnya, Shuhada pada 7 April lalu menerusi aplikasi WhatsApp memaklumkan mengenai hasrat untuk menggugurkan kandungan pada 8 April.

“Dia mesej saya pada 7 April kerana ingin gugurkan kehamilan pada 8 April.

“Kemudian pada 5 Mei lalu, saya dapat tahu Shuhada sudah keguguran pada hari raya kedua,” kongsinya.



Tambahnya, antara sebab yang dibangkitkan Shuhada untuk menggugurkan kandungannya ialah ingin meneruskan hidupnya yang sudah memasuki fasa baharu ketika ini.

“Dia ada maklumkan nak fokus dengan hidup baharu.


Baca Artikel Menarik:

Ibu durjana, 2 kali beranak 2 kali buang anak




“Selain itu, alasan lain ialah ‘dua (anak) pun rasa setengah mati jaga, tambah tiga pula’,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, Shuhada turut meminta Hafidz menanggung kos keguguran tersebut.

“Dia ada meminta duit daripada saya untuk tampung kos keguguran. Saya ada menghalangnya dan mengatakan akan bertanggungjawab tetapi sebaliknya yang berlaku.

“Saya sudah buat dua kali laporan polis dan biarlah pihak berkuasa jalankan siasatan.



“Laporan polis ini dibuat sebagai tanda tidak bersetuju dengan tindakannya menggugurkan kandungan tersebut,” ujarnya.


Baca Artikel Menarik:

Kesantunan Agong, Permaisuri elak pijak plak peringatan dipuji [VIDEO]


Sementara itu, menurut peguam mewakilinya, Datuk Akberdin Abdul Kadir, pihaknya memaklumkan kepada peguam mewakili Shuhada serta-merta selepas wanita tersebut memaklumkan hasrat menggugurkan kandungannya.



“Selepas Hafidz terima WhatsApp tentang hasrat menggugurkan kandungan, kami terus maklumkan kepada peguam Nurul Shuhada serta-merta sebelum membuat laporan polis pertama sebelum Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Selepas itu, dapat berita Shuhada sudah keguguran dan anak guam saya terperanjat sebelum membuat laporan polis kedua kerana berpendapat perkara itu adalah satu kesalahan jenayah.

“Buat masa ini, kami akan tunggu tindakan pihak polis mengenai hal ini,” jelasnya.

Hari ini merupakan sebutan pengesahan lafaz cerai antara Hafidz dan isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri.


Baca Artikel Menarik:

Bossku cirit birit, perbicaraan 1MDB ditangguhkan


Bagaimanapun, sebutan pengesahan lafaz cerai tersebut ditangguh pada 20 Jun depan.

Terdahulu, kemelut rumah tangga pasangan itu menjadi topik bualan hangat apabila Shuhada memfailkan perceraian terhadap Hafidz di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada 27 Februari lalu selepas mendapat persetujuan kedua-dua belah keluarga.

Sebelum itu, adik Shuhada yang hanya mahu dikenali sebagai Sofia, memaklumkan Hafidz menceraikan kakaknya dengan talak satu menerusi panggilan telefon pada 22 Februari lalu.

Rentetan itu, Shuhada dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian muka selepas didakwa ditumbuk oleh Hafidz dalam sebuah kejadian di Sungai Buloh, Selangor.

Akibat daripada kejadian tersebut, Shuhada yang ditumbuk suaminya sebanyak tiga kali menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan bengkak pada mata.


Baca Artikel Menarik:

Azwan Ali buat rumah terbuka ‘ajak’ arwah ibu, ayah


Hafidz dan Nurul Shuhada mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar berusia dua tahun. – KOSMO! ONLINE

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Mandi taman tema air bersama anak, Farid Kamil ceria dan bahagia

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak

Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker