Kesantunan Agong, Permaisuri elak pijak plak peringatan dipuji [VIDEO]

 

Tangkap layar rakaman video memaparkan Seri Paduka Baginda berdua mengelak daripada berjalan di atas plak peringatan pada lantai gereja Westminster Abbey, London

PETALING JAYA – Kesantunan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang mengelak untuk melangkah plak peringatan di Westminster Abbey menarik perhatian orang ramai.

Rakaman memaparkan seri paduka baginda berdua ketika berjalan di tepi plak peringatan itu ketika hadir pada majlis pertabalan Charles III dan isterinya, Camilla, sebagai raja dan permaisuri United Kingdom, baru-baru ini, turut tular di media sosial.

Difahamkan plak peringatan tersebut memaparkan nama-nama besar negara itu yang disemadikan di satu ruangan di bawah lantai dewan.



Terdahulu, Kosmo! melaporkan Raja Charles III selamat dimahkotakan dalam majlis diraja yang disaksikan beratus-ratus tetamu berprofil tinggi di gereja Westminster Abbey, London, Sabtu lalu.



Detik paling penting istiadat pertabalan menyaksikan Paderi Besar Canterbury, Justin Webly memakaikan Mahkota St. Edward berusia 360 tahun di kepala Raja Charles III.

Raja Charles III diangkat menjadi raja selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II pada September tahun lalu

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah dah macam Ira Kazar pulak



Jasmine dedah fantasi sebenarnya

ND Lala ajak beraya, Sabtu ini, netizen suruh balik beraya dengan isteri pertama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker