Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Penyanyi Mark Adam, 43, masih ingat pesan bapanya di Filipina yang mahu putuskan hubungan dengannya jika dia menyakiti isterinya Norazah Redzuan, atau Ezan, 42.

Itulah antara ikrar cinta Mark atau nama Islamnya Fikri Mark Adam Abdullah yang memilih untuk mencintai Ezan seorang saja sejak berkahwin pada 2003.



“Masa saya pergi masjid nikah, kita kan berjanji depan imam dengan Tuhan. Jadi, saya kena pegang janji itu.

“Satu lagi kerana bapa saya. Saya tak tahu apa yang isteri cakap kerana pertama kali dia ke Filipina, dia pergi seorang. Saya tak boleh keluar (Malaysia) kerana nak dapat status bermastautin tetap.

“Jadi, bila keluarga ajak balik, dia pergi seorang. Masa dia di sana, bapa hubungi saya. Dia cakap, kalau saya sakiti isteri saya, dia suruh lupakan dia sebagai bapa saya,” katanya pada Rumah Terbuka FYP dan Indigital Music, di sini, semalam.

Penyanyi lagu Marry Me itu juga menjadikan bapanya sebagai contoh terdekat apabila menyentuh mengenai sebuah perkahwinan yang cukup kukuh.



“Bapa saya pun pilih seorang wanita saja dalam hidupnya iaitu ibu saya. Ini pilihan masing-masing, saya pilih seorang. Apa-apapun terjadi, kita sudah janji untuk bersama, dan kena pegang kuat-kuat. Nak bergaduh, bergusti, atau apa pun terjadi, kami sudah berjanji,” katanya.

Mark dan Ezan belum beroleh rezeki cahaya mata sepanjang dua dekad mendirikan rumah tangga. Ezan juga adalah pengurus sepenuh masa kerjaya seni suaminya.

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen

Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain



Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker