Lantikan politik di bawah Kementerian Mat Sabu terdiri daripada kalangan pemimpin PH

Lantikan politik di bawah Kementerian Mat Sabu terdiri daripada kalangan pemimpin PH

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu mengumumkan pelantikan lima pengerusi badan berkanun bawah kementeriannya.

Daripada senarai itu, pemimpin pusat Amanah Mahfuz Omar akan mengetuai Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) manakala Muhammad Faiz Fadzil dilantik sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).



Pemimpin DAP Sheikh Umar Bagharid Ali pula kan mempengerusikan Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Sementara itu bekas timbalan Speaker Dewan Undangan Perak, daripada Amanah, dilantik sebagai pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Bekas anggota parlimen Kuala Kedah daripada PKR Azman Ismail pula dilantik sebagai pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi).

“Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas mereka dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan, pentadbiran dan perkhidmatan,” katanya.



Dalam kenyataan hari ini, Mohamad juga berkata dia yakin dengan pengetahuan, kredibiliti dan pengalaman mereka akan memastikan pembaharuan dilakukan selari dengan aspirasi Malaysia Madani. Mk

Lantikan politik di bawah Kementerian Mat Sabu terdiri daripada kalangan pemimpin PH

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen

Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain



Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker