Mahfuz dilantik pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang

Mahfuz dilantik pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu mengumumkan lima pelantikan pengerusi badan berkanun di bawah kementeriannya.

Dalam kenyataan, Naib Presiden Amanah Mahfuz Omar dilantik menerajui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), selain Adun Permatang Pasir Faiz Fadzil dilantik mengetuai Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).



Dalam pada itu, bekas Adun Paloh, Sheikh Umar Bagharid Ali, pula mengetuai Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM).

Bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr Azman Ismail dilantik pengerusi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi), manakala Aminuddin Zulkipli dilantik pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Semua pelantikan itu berkuat kuasa 15 Mei ini.

“Dimaklumkan bahawa pelantikan pengerusi bagi lima badan berkanun persekutuan di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan telah dipersetujui oleh perdana menteri,” kata Mohamad dalam kenyataan itu. FMT



Mahfuz dilantik pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen



Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker