Ibu ceritakan yang sebenar isu anak berumur 6 tahun pandu keluar kereta

Ibu ceritakan yang sebenar isu anak berumur 6 tahun pandu keluar kereta

Semalam kecoh di media sosial mengenai seorang kanak-kanak berusia enam tahun yang memandu sebuah kereta Toyota Vios bersama-sama adiknya sehingga terbabas dan melanggar tiang lampu.

Memetik laporan Awani, Ibu kepada mangsa yang hadir ke balai polis di Langkawi menjelaskan bahawa sebelum kejadian, dia dan kedua orang anaknya itu sedang berada di ruang tamu rumahnya.



Bagaimanapun ibu dua beradik itu kemudiannya masuk ke dalam bilik air untuk mandi namun, alangkah terkejutnya apabila melihat kedua-dua anaknya telah tiada di ruang tamu sejurus keluar daripada bilik air.

Wanita berkenaan kemudiannya mengejutkan suaminya yang sedang tidur di dalam bilik memaklumkan mengenai kehilangan kedua-dua anaknya itu selepas puas mencari mereka di sekitar rumah.

Tambah wanita itu lagi, ketika suaminya ingin mengambil kunci kereta yang digantung di dinding mendapati kunci tiada dan turut mendapati kereta mereka juga tiada di hadapan rumah.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari mengatakan bahawa pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian.



Keterangan daripada kanak-kanak berusia enam dan tiga tahun itu belum dapat direkod sepenuhnya kerana masih trauma.

Polis turut memperolehi rakam video terbaharu dari orang awam yang merekodkan keadaan kereta yang dipandu ke kiri dan ke kanan jalan sebelum kereta itu melanggar tiang lampu.

Kes ini akan disiasat di bawah seksyen 43 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan dibawah seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Ibu ceritakan yang sebenar isu anak berumur 6 tahun pandu keluar kereta



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen



Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain

Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker