Umno PJ nafi sayap lumpuh

Umno PJ nafi sayap lumpuh

Umno Petaling Jaya menafikan laporan mendakwa sayap Puterinya lumpuh susulan video tular berhubung peletakan jawatan ketua Puteri dan 13 ahli jawatankuasanya baru-baru ini.

Ketuanya, Mutalif Rahim berkata, semua ahli jawatankuasa yang dipilih semasa pemilihan sayap Puteri pada 11 Mac lalu kekal setia bersama parti, dan hanya ketuanya, Noor Hasliza Abu Talib menghantar surat peletakan jawatan tanpa menyatakan sebab.



“Berkenaan isu video yang tular sebelum ini, kenyataan oleh salah seorang ahli Jawatankuasa Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya yang menyatakan beliau bersama ahli Jawatankuasa Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya yang dipilih dan yang dilantik meletakkan jawatan beramai-ramai adalah tidak benar sama sekali,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan peletakan jawatan ketua sayapnya, Mutalif berkata, Naib Ketua Puteri Petaling Jaya Nurulfarahshah Jamil, yang menang pada pemilihan penggal 2023-2026, dilantik memangku jawatan ketua Puteri bahagian itu berkuat kuasa semalam.

Pada Isnin, dalam video yang tular di media sosial, seorang AJK Puteri Bahagian Petaling Jaya mendakwa kepimpinan sayap bahagian bagi penggal 2023-2026 meletakkan jawatan beramai-ramai serta-merta, tanpa menyatakan sebarang sebab.

Mutalif, yang juga setiausaha Umno Selangor berkata, pihaknya menerima surat daripada Puteri Umno pusat bertarikh 5 Mei 2023, memaklumkan peletakan jawatan ketua Puteri bahagian Petaling Jaya sudah diterima.



“Berdasarkan kandungan surat tersebut, tidak dinyatakan sebarang sebab atau punca peletakan jawatan bekas ketua Puteri Umno Bahagian Petaling Jaya,” katanya.

Penjelasan Hasliza mengenai peletakan jawatan itu sedang ditunggu. FMT

Umno PJ nafi sayap lumpuh

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Lebih Cantik Pakai Baju Nikah – Netizen

Cincin tunang Shuib & Watie, lain dari yang lain



Nak beli mainan dengan adik, budak 6 tahun pandu kereta sejauh 2.5 km mengalami kemalangan [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker