Penjawat awam dapat urutan seks pada waktu kerja

Penjawat awam dapat urutan seks pada waktu kerja

GEORGETOWN: Tiga penjawat awam dan seorang lelaki lain ditahan kerana dipercayai didapati berkhalwat dengan wanita yang menawarkan khidmat urutan seks.

Daripada tiga penjawat awam itu, dua anggota pakaian seragam.

Dalam operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang, turut ditahan ialah seorang wanita yang menawarkan khidmat urutan seks.

Ketua Unit Operasi bahagian Penguatkuasaan jabatan itu, Mohd Azizon Noordin, berkata operasi yang bermula jam 3 petang hingga 7 malam tadi membabitkan 10 tempat pusat bandar dan Butterworth.

Katanya, operasi berkenaan dilakukan susulan pihaknya melakukan risikan, selain menerima aduan daripada isteri yang mendakwa suami mereka terbabit dalam kegiatan tidak bermoral itu.

Katanya, semua empat lelaki terbabit berusia antara 30 hingga 45 tahun dan semakan juga mendapati ada yang berstatus suami.

“Hasil serbuan mendapati semua mereka dipercayai menerima khidmat seks di premis yang berselindung di sebalik pusat urutan tradisional itu.

“Lebih mengejutkan ada penjawat awam yang meninggalkan pejabat ketika waktu bekerja semata-mata bagi mendapatkan khidmat seks,” katanya di sini, hari ini.

Mohd Azizon berkata, kebanyakan mereka memberi alasan mendapatkan khidmat pelacuran bagi menghilang penat.

Katanya, siasatan terhadap wanita yang menawarkan khidmat seks pula mendapati mereka menjadikan kegiatan pelacuran sebagai sumber pendapatan.

“Biasanya operasi sebegini dibuat pada waktu malam tetapi risikan mendapati modus operandi lelaki hidung belang yang mendapatkan khidmat seks di pusat urut kini turut berlaku pada waktu siang,” katanya. BH

Penjawat awam dapat urutan seks pada waktu kerja

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker