Haji Hadi salahkan UMNO pula atas kegagalan PAS pinda RUU 355

.
PETALING JAYA: Usaha PAS mencadangkan pindaan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 mendapat mendapat tentangan daripada sebahagian Umno dan Pakatan Harapan (PH).Presiden PAS, Abdul Hadi Awang, mendakwa DAP juga lantang menentang parti itu walaupun langkah dan tindakan dilakukannya berkait penganut Islam sahaja tanpa gangguan terhadap orang bukan Islam.
 

“Usaha ini mendapat tentangan daripada sebahagian Umno, DAP, dan rakan-rakannya daripada PKR dan Amanah. Maka, sangat wajar jika Umno kini bersekongkol dengan DAP membelakangi prinsip perjuangannya,” katanya di Facebook.

Pada 19 Okt 2022, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama), Idris Ahmad, berkata RUU 355 tidak sempat dibentangkan kerana pembubaran Parlimen.

Penggubalan semula akta itu, hasil Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil Ke-27 pada 2021, dikatakan bakal menyeragamkan kuasa Mahkamah Syariah.

Ketika RUU 355 dibentangkan Hadi di Dewan Rakyat pada 2017, ia mencadangkan hukuman maksimum terhadap pesalah dinaikkan kepada 30 tahun penjara, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan, daripada tiga tahun penjara, denda RM5,000 dan enam sebatan rotan.

Presiden PKR, Anwar Ibrahim ketika berucap di kongres khas partinya Mac lalu mempersoalkan parti pemerintah terdahulu mengenai RUU 355.

“Kamu pegang tampuk kepimpinan kuasa termasuk kerajaan tiga tahun baru-baru ini, mana RUU355?,” katanya dipercayai merujuk kepada PAS.

Pada 13 Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar, berkata RUU 355 akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk mendapatkan keputusan dasar.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker