Ulat tiket tak boleh lagi cari makan, kerajaan akan wujudkan akta khas

 

Kerajaan bercadang menggubal rang undang-undang baru untuk mengekang dan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertindak sebagai ‘ulat tiket’.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Salahuddin Ayub dan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata kedua-dua kementerian sedang meneliti semua aspek sebelum mencadangkan penggubalan undang-undang baru itu.



“Saya telah berbincang dengan Salahuddin dan memang pada waktu ini di Malaysia, kita belum ada undang-undang yang bersifat anti ulat tiket.

“Oleh sebab itu, kita akan teliti bersama dengan kementerian-kementerian lain yang mungkin menganjurkan aktiviti program yang ada aspek penjualan tiket sama ada secara atas talian atau pun tidak dan melihat apa peruntukan undang-undang yang perlu diwujudkan untuk mengelak masalah ‘scalping’ atau ulat tiket ini daripada berulang di masa depan,” kata Fahmi kepada pemberita di parlimen, hari ini.

Dia berkata demikian susulan rungutan orang ramai yang sukar mendapatkan tiket akibat ‘ulat tiket’ yang membeli dengan kuantiti banyak bagi  konsert Coldplay di negara ini pada November.

Mereka juga berkata bahawa cadangan kerajaan untuk mewujudkan akta itu akan memberi fokus kepada semua aktiviti lain yang melibatkan penjualan tiket secara besar-besaran.



“Kita juga maklum ada sesetengah negara lain yang akibat daripada insiden-insiden sama seperti di Amerika Syarikat dan Australia.

“Maka mereka juga mewujudkan undang-undang di negara masing-masing. Kita akan teliti kesesuaian dan pengalaman mereka sama ada langkah itu berjaya atau tidak,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal



Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker