Bekas anak Perdana Menteri mengadap SPRM untuk siasatan

SPRM dilaporkan telah memanggil anak kepada seorang bekas perdana menteri bagi membantu satu lagi siasatan berhubung aktiviti perniagaannya.

Memetik sumber yang rapat dengan siasatan itu, akhbar The Star melaporkan individu itu disoal siasat selama beberapa jam.

“Kenyataan telah dirakamkan dan saya percaya akan ada sesi lain dengannya,” kata sumber itu.

Utusan Malaysia pula melaporkan individu berkenaan adalah anak kepada seorang bekas perdana menteri. Dia dipanggil untuk disoal siasat pada pukul 10 malam di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

The Star berkata nama lelaki itu disenaraikan dalam Panama Papers tetapi tidak dapat dipastikan jika SPRM sedang meneliti dakwaan yang dibuat dalam dokumen tersebut.

Panama Papers merujuk kepada kebocoran besar sebanyak 11.5 juta dokumen yang didedahkan daripada firma guaman yang berpangkalan di Panama pada 2016. Ia mendedahkan bagaimana ahli politik, bintang sukan dan penjenayah terkemuka menyembunyikan kekayaan mereka menggunakan tempat perlindungan cukai luar pesisir.

Laporan bahawa anak bekas perdana menteri Najib Razak yang sedang meringkuk di penjara, Mohd Nazifuddin Mohd Najib adalah antara mereka yang dinamakan.

Turut dinamakan ialah Fakhri, anak sulung bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin, serta Mirzan, anak sulung bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Sebelum ini, seorang wakil Mirzan melalui salah satu syarikatnya, Crescent Capital, menafikan penglibatan Mirzan dalam Sergio International Ltd – firma British Virgin Islands yang dikaitkan dengannya.

Minggu lalu, Bernama melaporkan SPRM sedang menyiasat seorang bekas menteri kanan dan ahli perniagaan terkemuka bergelar Tan Sri atas dakwaan penyelewengan dana negara bernilai lebih RM2.3 bilion.

Agensi berita nasional itu, yang turut memetik sumber, berkata siasatan itu adalah kesinambungan dan lanjutan daripada pendedahan dokumen-dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists (ICIJ) berhubung transaksi-transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

“Tumpuan siasatan adalah berhubung dengan pembelian dan pemilikan saham di sebuah syarikat tersenarai oleh sebuah syarikat gergasi negara yang dikatakan didalangi oleh bekas menteri kanan itu.

“Difahamkan, transaksi pembelian dan pemilikan saham ini dipercayai menjadi punca kepada kemerosotan ekonomi negara serta kejatuhan matawang ringgit pada hujung 1990-an dan telah diseleweng untuk kepentingan individu terbabit untuk diselamatkan (bail out) daripada mengalami kerugian yang lebih teruk,” menurut sumber itu.

Kebocoran Kertas Pandora berlaku pada 2021 apabila sumber tanpa nama berkongsi dengan ICIJ 2.94 terabait fail kewangan sulit, berjumlah lebih daripada 11.9 juta dokumen dan rekod lain, daripada 14 penyedia perkhidmatan luar pesisir yang menubuhkan dan mengurus syarikat cengkerang (shell) dan amanah di kawasan perlindungan cukai sekitar dunia.

Berikutan kebocoran itu, bekas menteri kewangan Daim Zainuddin membidas Malaysiakini atas apa yang didakwanya sebagai “obsesi yang tidak berkesudahan” portal berita ini terhadapnya.

 

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker