Pesan Faizal pada Khairy


Pesan Faizal pada Khairy

Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu, menasihatkan Khairy Jamaluddin jangan terlalu lama mempertimbangkan tawaran jawatan daripada presidennya, Muhyiddin Yassin.

Faizal berkata Khairy seorang pemimpin yang masih boleh berperanan, malah ramai akan bersamanya jika bekas ketua Pemuda Umno itu menubuhkan parti baharu.

“Nasihat saya kepada Khairi: Masa tak menunggu kita,” kata bekas menteri besar Perak itu ketika ditemubual FMT.

“Walaupun ini sebenarnya satu peluang bagi beliau, bukan mudah nak dapat peluang pilih parti. Kami hormati keputusannya untuk ambil masa.”

“Saya percaya beliau tahu Perikatan Nasional wadah masa depan.”

Khairy pada Isnin berkata beliau perlukan masa mempertimbangkan tawaran menjadi ahli majlis pimpinan tertinggi Bersatu, kerana tidak mahu membuat keputusan berkait kepulangan ke arena politik semata-mata kerana PRN tidak lama lagi.

Beliau berterima kasih kepada Muhyiddin atas tawaran itu tetapi beliau tidak mahu sebarang keputusan dibuat berdasarkan emosi atau membalas dendam.

Muhyiddin secara terbuka menawarkan jawatan dalam MPT Bersatu kepada Khairy minggu lalu, kerana percaya beliau mampu menyumbang kepada parti.

Umno memecat keahlian bekas Ahli Parlimen Rembau itu pada Januari, kerana didakwa bertindak bertentangan dengan kepentingan parti.

Ads by Kiosked
Khairy pada PRU15 menggambarkan dirinya sebagai ‘reformis Umno’, dan mendakwa parti itu telah hilang arah dan mesti kembali ke pangkal jalan.

Menurutnya, beliau mahu Umno menjadi wadah yang dibanggakan orang Melayu.

Beliau tewas Parlimen Sungai Buloh, di tangan calon Pakatan Harapan dengan 2,693 undi. FMT

Pesan Faizal pada Khairy

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini

Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)

Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker