Mawi muntah darah, mati sekejap

Mawi muntah darah, mati sekejap

“Saya ibarat mati hidup semula. 15 minit saya tidak bernafas. Bila sedar semula, saya nampak isteri sudah meraung menangis sambil lap darah yang berlumuran.”

Itu perkongsian penyanyi dan penyampai radio, Mawi apabila ditanya tentang pengalaman mistik dan penyakit misteri yang pernah dihidapi hampir sedekad yang lalu.



Cerita Mawi, ketika itu dia terpaksa menyepikan diri daripada dunia seni berikutan penyakit misteri yang dihidapi apabila dia sentiasa muntah darah dan terpaksa bergantung harap pertolongan orang lain untuk bergerak.

Dia juga tidak mahu terlalu kerap tampil di khalayak kerana khuathir penyakit tersebut bertambah parah dan mengelakkan perkara-perkara yang lebih buruk menimpanya serta keluarga.

“Saya tak berani nak cakap ini adalah sihir atau permainan ilmu hitam oleh orang-orang sekeliling. Saya tidak mahu menuduh. Cuma kejadian itu benar-benar berlaku dan tidak dapat saya lupakan.

“Ketika itu, saya sudah terlantar di katil hospital. Saya muntah darah terlalu banyak. Sampai satu detik, saya ibarat berada di ambang sakaratul maut. Saya seperti dapat saya, mungkin inilah pengakhirannya.



“Bila sedar semula, saya nampak isteri menangis. Saya tak tahu yang saya sudah berhenti nafas selama 15 minit. Semua ingat saya sudah ‘pergi’. Tetapi Allah beri peluang kedua,” kata penyanyi Aduh Saleha ini.

Ditanya tentang keadaan kesihatan sekarang, Mawi sentiasa mengutamakan amalan wajib dan sunat serta sentiasa berhati-hati terutama dalam berkongsi tentang perjalanan karier dan kehidupannya.

“Saya bercerita untuk kebaikan semua. Bukan untuk memancing perhatian atau menuduh sesiapa. Tidak sama sekali. Bukan saya shaja perlu berhati-hati, semua orang. Kita kena reda, kalau Allah tak izin tak jadi.

“Cuma sekarang, kita amalkan apa yang seharusnya. Saya perlu melindungi keluarga, isteri dan anak. Saya juga perlu jaga diri sendiri. Amalkan solat, zikir, al-Quran dan bacaan Asma’ul Husna,” ujarnya.



Tambah pengarah filem Tiada Tajuk ini, dia terpaksa berehat daripada industri seni selama tiga tahun selepas kejadian tersebut kerana timbul rasa fobia dan takut untuk terus berkarya.

“Isteri saya memang minta berhenti menyanyi. Dia minta saya keluar dari industri seni, dia takut kejadian sama berulang. Tetapi saya suka menyanyi, berlakon, mengarah dan jadi penyampai radio.

“Mula-mula memang ada perasaan fobia tetapi Tuhan sudah letak saya dalam industri seni ini. Saya perlu buat yang terbaik. Tawakal dan percaya pada Tuhan.

“Tiga tahun saya diam, saya fikir mahu berhenti atau tidak. Ketika itu datang tawaran mengarah. Sejak itu saya lebih ghairah dalam dunia pengarahan,” katanya.



Zim Zim Ala Kazim

Membuka pentas bicara tentang perkembangan seni, Mawi yang juga penyampai radio Zayan FM bakal melancarkan filem Zim Zim Ala Kazim yang mengangkat kisah benar penceramah terkemuka, Datuk Kazim Elias.

Kongsinya, filem tersebut sepatutnya ditayang di platform TV berbayar namun selepas melalui beberapa proses penyuntingan, pihak produksi mengambil keputusan untuk menayangkan naskhah tersebut di layar perak.

“Ini memang cerita sebenar Ustaz Kazim. Dia sendiri berlakon hampir 90 peratus dalam filem ini. Kita memang respek usaha dan komitmennya dalam pembikinan filem ini. Tak mudah tetapi saya kagum dengan dia.



“Kita tak dapat elak jika ada yang kurang suka atau gemar dengan kisah yang bakal dipaparkan. Itu terpulang kepada citarasa dan minat masing-masing. Cuma saya lihat dari sudut positif.

“Banyak pengajaran yang boleh kita ambil. Sebab itu saya mahu mengangkat kisah penyakit misteri dan sihir yang pernah dilalui ustaz Kazim,” ujarnya yang turut berlakon dalam filem tersebut. Utusan

Mawi muntah darah, mati sekejap

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker