Undi tidak percaya terhadap Idrus pertama kali dalam sejarah – bekas peguam negara

Undi tidak percaya terhadap Idrus pertama kali dalam sejarah – bekas peguam negara

Undi tidak percaya terhadap Idrus pertama kali dalam sejarah - bekas peguam negara

Seorang bekas peguam negara menyifatkan undi “tidak percaya” yang dibuat pada Rabu oleh ahli profesion guaman terhadap pemegang jawatan semasa, Idrus Harun, sebagai “belum pernah berlaku dalam sejarah negara”.

“Setakat yang saya ingat, tiada organisasi pernah mengambil pendirian sebegitu terhadap peguam negara yang sedang berkhidmat,” kata Abu Talib Othman, yang menjadi peguam negara antara 1980 dan 1993.

Beliau seterusnya menggambarkan Idrus sebagai “seorang penjawat awam yang ‘bersih’ dan taat”, namun enggan mengulas lanjut.

Badan Peguam meluluskan usul tidak percaya terhadap Idrus ketika mesyuarat agung luar biasa pada Rabu.

Usul yang dikemukakan untuk diundi menyatakan bahawa Badan Peguam tidak percaya kepada peguam negara atas “kegagalannya mempertahankan badan kehakiman dan menegakkan kedaulatan undang-undang”.


Baca Artikel Menarik:

Disangka binatang buruan, lelaki tertembak sepupu hingga maut


Dalam usulnya, peguam-peguam tersebut memetik dakwaan serangan terhadap hakim Mahkamah Rayuan Nazlan Ghazali, hakim perbicaraan bagi kes SRC International bekas perdana menteri Najib Razak.

Idrus ialah bekas peguam cara negara sebelum dilantik sebagai hakim Mahkamah Rayuan pada 2014.

Beliau meletak jawatan sebagai hakim Mahkamah Persekutuan dan menerima pelantikan sebagai peguam negara sejurus selepas Muhyiddin Yassin dilantik sebagai perdana menteri pada 1 Mac 2020.

Tempoh perkhidmatan Idrus, yang sepatutnya berakhir awal tahun ini, baru-baru ini dilanjutkan selama enam bulan hingga 2 Sept.

Perkara 145(1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa peguam negara dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.


Baca Artikel Menarik:

Khalid Ismath didakwa dalam kes keganasan rumah tangga


Perlembagaan juga memperuntukkan bahawa beliau perlu turut memikul tanggungjawab sebagai pendakwa raya.

Badan Peguam turut menegur tingkah laku Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Azalina Othman Said, yang menurutnya, melemahkan kebebasan badan kehakiman.

Bulan lepas, Azalina berkata, siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ke atas Nazlan merumuskan bahawa beliau telah melanggar Kod Etika Hakim dan mempunyai konflik kepentingan ketika menjadi hakim perbicaraan kes SRC.

Dalam surat bertarikh 20 Mac kepada peguam bela mewakili Najib, Shafee & Co, Azalina mengesahkan bahawa Nazlan telah melanggar kod dan mempunyai konflik kepentingan.

Beliau berkata, ini berdasarkan laporan penemuan SPRM bertarikh 20 Feb, yang diberikan oleh agensi itu kepadanya.


Baca Artikel Menarik:

Influencer media sosial klon diri sendiri tawar khidmat teman wanita


Pada 20 April, dilaporkan bahawa 175 peguam membuat petisyen untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa Badan Peguam bagi membahaskan usul mengutuk “serangan keji” terhadap kebebasan badan kehakiman dan “menegakkan kedaulatan undang-undang”. FMT

Undi tidak percaya terhadap Idrus pertama kali dalam sejarah – bekas peguam negara


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

“Sarah Rasa Nak Matilah, Macam Malaikat Dah Duduk Sebelah”(Video)

Angel Dolla bercinta dengan Nadhir Nassar

Janna Nick nikahi Dini Schatzmann di Langkawi 10 Jun

Bapa sanggup putus hubungan – Mark Adam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker