3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

PETALING JAYA – Menerusi satu foto yang kini tular di media sosial menyaksikan nombor pendaftaran Wilayah Persekutuan Putrajaya siri FF9, FF99 dan FF999, didakwa telah dibeli oleh seorang individu sama.

Menerusi foto tersebut, ternyata tiga siri nombor pendaftaran tersebut telah dimenangi oleh seorang individu setalah tamat sesi pembidaan oleh pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), kelmarin.

“Banyak kaya orang ni, semua siri nombor ‘9’ dia punya,” jelas seorang pengguna media sosial Facebook, hari ini.



Ada juga komen orang ramai yang memuji individu tersebut kerana pandai menilai berkenaan nilai sebenar nombor pendaftaran tersebut jika dijual kembali kepada individu lain.

“Pembida ni bijak, tahu harga nombor ni mahal bila dijual balik selepas ini,” Tony Gang.

Terdahulu, difahamkan nombor pendaftaran FF9 telah berjaya dibida oleh seorang wanita berbangsa Cina dan dikatakan bakal diletakkan di sebuah kereta ‘sport’ jenama Mc Laren.

Sebelum ini, pihak JPJ telah melanjutkan masa bidaan siri nombor pendaftaran FF menerusi sistem JPJeBid yang dijadual tamat hari ini, hingga 10 malam 19 Mei 2023.



Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata, langkah itu diambil selepas mengambil maklum aduan orang ramai tentang sistem JPJeBid yang tidak stabil apabila tempoh untuk pembidaan bagi nombor plat FF akan berakhir disebabkan trafik yang tinggi.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal



Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker