Kahwini pasangan gay, remaja ditemui mati dikhuatiri dibunuh

TAIPEI – Kematian misteri seorang pelajar sekolah tinggi di Taiwan yang mewarisi portfolio hartanah bernilai NT$500 juta (RM74.3 juta) pada awal bulan lalu terus mencetuskan tanda tanya.

Kejadian itu didedahkan media tempatan pada 19 Mei lalu selepas ibu mangsa, Chen bersama peguamnya mengadakan sidang media di Taichung City

Lai, 18, ditemui mati dipercayai terjatuh dari tingkat 10 sebuah apartment di daerah Beitun, sehari selepas upacara pembakaran mayat bapanya yang meninggal dunia pada akhir bulan lalu.



“Paling mengejutkan dia telah mendaftarkan perkahwinan sejenis bersama ejen yang menguruskan portfolio hartanahnya dikenali sebagai Hsia, 26, kira-kira dua jam sebelum kematiannya. Mereka baru berkenalan dan bertemu sebanyak dua kali,” lapor media.

Sementara itu, peguam Chen percaya Lai dibunuh kerana kekayaan yang dimilikinya kerana ibu mangsa percaya anaknya tidak mungkin membunuh diri.

Pada minggu lalu, pendakwa raya daerah Taichung memaklumkan mereka telah menyoal siasat Hsia atas tuduhan membunuh, namun dibebaskan dengan ikat jamin malah bapanya turut dipanggil untuk membantu siasatan. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey



Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal

Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker