Ketua misi rayu henti sebar video proses bawa turun jenazah Awang Askandar

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, Lt. Kol (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacub

Orang ramai digesa menghentikan penyebaran video memaparkan proses membawa jenazah didakwa pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub, 56, seperti yang tular di media sosial pada Selasa.

Ketua Misi ME 2023, Azim Afif Ishak, 35, berkata, pihaknya menafikan video yang tular itu adalah proses membawa turun jenazah Awang Askandar kerana ia baharu bermula hari ini dan dijangka tiba di kem dua pada sebelah malam.

Menurutnya, tiada liputan internet di kem empat sehingga kem dua dan beberapa video yang tular itu juga sudah siap disunting termasuk berlatar belakangkan muzik.

“Video yang tular itu mungkin membabitkan proses membawa turun pendaki lain yang berdepan masalah kesihatan dan setakat ini pihak kami tidak menerima sebarang video proses membawa turun jenazah daripada malim gunung



“Semua pihak perlu menghormati sensitiviti ahli keluarga Allahyarham Awang Askandar yang masih dalam kesedihan,” katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Azim dalam pada itu berharap semua pihak menghentikan sebarang penyebaran video yang tular berkaitan perkara itu.

Ketika ini Azim bersama seorang pendaki ME 2023, Tiong Ling Yang, 30, dan pengurus pasukan, Ayu Wanirah Naharuddin, 30, berada di Everest Base Camp (EBC) bagi menunggu ketibaan jenazah dibawa ke hospital di Kathmandu untuk proses selanjutnya.

Sebelum ini, beberapa video yang tular itu memaparkan seorang malim gunung sedang memikul individu yang dibungkus dengan rapi namun kelihatan individu berkenaan masih bernyawa



Difahamkan proses membawa turun jenazah Awang Askandar pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut itu sepatutnya diadakan semalam namun disebabkan berdepan masalah cuaca terpaksa ditangguhkan ke hari ini.

Selain itu, keadaan salji setebal 0.30 meter di atas permukaan pergunungan menyukarkan malim gunung untuk bergerak kerana jenazah terpaksa dibawa turun secara manual menggunakan pengusung.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anwar: The Untold Story jauh mengatasi Mahathir: The Journey

Telan pil Viagra nak ‘main lama’, warga emas temui ajal



Rafizi datang lagi kini dengan formula PADU



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker