Lelaki ditahan lepas tembakan ke rumah jiran

Lelaki ditahan lepas tembakan ke rumah jiran

Polis menahan seorang warga emas susulan satu laporan dibuat mengenai bunyi letupan disyaki tembakan yang berlaku di Taman Delima, Kluang kira-kira 6 petang kelmarin.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, berkata suspek ditahan bersama selaras senapang patah laras jenis ‘shot gun’ bersama tiga butir peluru jenis ‘sme mega’.



Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai rekod lampau jenayah namun pemeriksaan urin ke atasnya negatif pengaruh dadah.

“Polis menerima laporan polis berkaitan bunyi letupan dan mengakibatkan kerosakan pada bahagian tangki air dan juga bingkai tingkap di sebuah rumah di Taman Delima.

“Siasatan menjumpai kesan peluru jenis ‘ball bearing’ di tempat kejadian dan dipercayai hasil daripada kesan tembakan.

“Bertindak hasil siasatan di tempat kejadian, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah IPD Kluang telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 60 an kira-kira 9 malam di sebuah lokasi di daerah ini,” katanya menurut Harian Metro.



Menurutnya, polis turut merampas buku lesen dan resit memperbaharui lesen senjatapi manakala punca tembakan dilepaskan, masih dalam siasatan.

Katanya, kes terbabit disiasat di bawah Seksyen 39 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. FMT

Lelaki ditahan lepas tembakan ke rumah jiran

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik



3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker