Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gambar Hiasan*

Seorang warga emas berusia 86 tahun di Singapura mengaku bersalah membunuh pasangannya yang berusia 79 tahun kerana mangsa tidak membenarkan dia tidur di bilik lebih besar, lapor laman berita Mothership semalam.

Pak Kian Huat dijatuhi hukuman penjara 15 tahun pada 22 Mei lalu. Dokumen mahkamah mendedahkan bahawa dia dan pasangannya, Lim pertama kali bertemu pada 1950-an.

Mereka tidak berkahwin tetapi tinggal bersama di sebuah pangsapuri dan mempunyai empat orang anak.

Lim bagaimanapun keluar dari rumah itu pada 1980 bersama seorang anak kerana mengelak daripada didera  Kian Huat.

Lebih dua dekad kemudian, tiga anak mereka yang tinggal bersama Kian Huat keluar dari rumah tersebut kerana membawa haluan sendiri.

Oleh kerana enggan tinggal sendirian, Kian Huat kembali tinggal serumah dengan Lim dan mereka tinggal sebumbung selama 15 tahun serta tidur dalam bilik berasingan.

Kian Huat biasanya tinggal di bilik tidur yang lebih kecil, manakala dua bilik tidur yang lebih besar dihuni oleh Lim dan dikhaskan untuk anak-anak mereka setiap kali pulang ke rumah.

Pada 26 Ogos 2019, Kian Huat diserang selesema dan batuk. Ia membuatkan lelaki itu mahu berpindah ke bilik lebih besar kerana mendakwa keadaan bilik kecil yang berhabuk itu membuatkan dia sakit.

Kedua-dua mereka kemudian bergaduh besar. Pada pagi 1 September 2019, Kian Huat pergi ke bilik tidur Lim dan menetak mati wanita itu menggunakan sebilah kapak kecil sebanyak 54 kali.

Dia kemudian menelefon salah seorang anak mereka dan meminta agar melaporkan perkara itu kepada polis. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker