Khairil Nizam berhalusinasi bila minta Zahid berundur – Al-Hafizi

Khairil Nizam berhalusinasi bila minta Zahid berundur – Al-Hafizi

Ketua Penerangan Pas, Khairil Nizam Khirudin dikatakan berhalusinasi apabila menggesa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) kalah dalam pilihan raya di enam negeri kelak.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Langat, Mohd Al-Hafizi Abu Bakar berkata, kenyataan Khairil Nizam itu bukan sahaja tidak wajar malah ia tidak relevan.

Menurut beliau, ironinya apabila Pas kalah teruk dan tidak mendapat satu kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 2021, Khairil Nizam tidak pula berbunyi untuk mendesak Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berundur daripada jawatannya atas dasar bertanggungjawab.

“Pas harus belajar untuk tidak mencampuri urusan parti lain sebaliknya perlu melihat kelompongan yang dihadapi oleh rakan parti mereka sendiri iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang berhadapan dengan kes rasuah dan salah guna kuasa,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Khairil Nizam dalam satu kenyataan kelmarin mencadangkan supaya Ahmad Zahid berundur secara terhormat sekiranya pakatan BN dan PH gagal meraih sokongan rakyat dalam PRN di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Mohd Al-Hafizi juga meminta Khairil Nizam menasihatkan Pas yang bersikap seperti ‘kaduk naik junjung’ setelah memenangi jumlah kerusi yang terbanyak dalam sejarahnya.

Beliau menambah, Ahli Parlimen Jerantut itu perlu membuang sifat ujub dengan merasakan hanya Pas sahaja yang berada pada landasan yang benar.

“Berhenti menjarah pemikiran rakyat dengan politik kebencian dengan berselindung di sebalik ajaran Islam.

“Masih lagi berhalusinasi untuk menukar kerajaan dan tidak menghormati Kerajaan Perpaduan Malaysia yang bersandarkan titah Yang di-Pertuan Agong,” jelasnya.

Mohd Al-Hafizi seterusnya menasihatkan Pas supaya menerima qadak dan qadar serta mendalami konsep keizinan Allah SWT dalam sesuatu perkara.

“Ketua Penerangan Pas harus berhenti berhalusinasi dan tidak lagi mencampuri urusan BN-PH terutamanya dari segi kepimpinan parti yang tidak ada kena mengena dengan Perikatan Nasional (PN),” katanya. MG

Khairil Nizam berhalusinasi bila minta Zahid berundur – Al-Hafizi

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker