Akar umbi Bersatu tak senang tawaran Muhyiddin kepada Khairy

Akar umbi Bersatu tak senang tawaran Muhyiddin kepada Khairy

Akar umbi Bersatu meluahkan rasa tidak senang hati apabila Khairy Jamaluddin ditawarkan kerusi dalam Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti kerana merasakan ada individu lain lebih layak untuk jawatan itu.

Dua pemimpin bahagian, yang enggan didedahkan memberitahu FMT, tawaran itu tidak disambut baik kerana Khairy bukan ahli Bersatu.



“Terdapat ramai individu lain yang bekerja keras untuk parti mendapatkan tempat itu, dan kini ia ditawarkan kepada seseorang yang belum menjadi ahli Bersatu,” kata seorang ketua bahagian Selangor.

Beliau berkata, walaupun Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin mungkin membincangkan perkara itu dengan pemimpin kanan, parti juga sepatutnya melibatkan akar umbi dalam perbincangan sebelum mengumumkan tawaran itu.

“Apabila tiba pilihan raya, akar umbi yang paling banyak melakukan kerja, daripada bercakap dengan pengundi sehingga memasang bendera, dan sebagainya.

“Nampak tidak elok apabila keputusan sebesar ini dibuat tanpa mendengar suara akar umbi,” katanya.



Seorang lagi pemimpin bahagian dari Negeri Sembilan menjangkakan parti akan menawarkan Khairy kerusi pada PRN jika beliau menerima tawaran Muhyiddin.

“Ini akan mengecewakan ramai ahli, yang mungkin berharap diletakkan sebagai calon pada PRN,” katanya.

Tindakan sedemikian mungkin menimbulkan protes dalaman dan mengancam perpaduan parti, tambahnya.

Bagaimanapun, seorang MPT yang enggan dinamakan berkata tawaran itu adalah langkah positif yang akan menguntungkan parti.



“Kami akan menghadapi pilihan raya di enam negeri, jadi mempunyai seseorang seperti Khairy di pihak kami adalah baik untuk parti.

“Beliau dilihat menjadi pilihan rakyat. Beliau seorang tokoh popular dan itu bagus untuk kita, terutama pada masa sukar seperti sekarang,” katanya merujuk kepada dakwaan beberapa pemimpin parti atas dakwaan rasuah.

Ketua sayap bersekutu Bersatu juga mengalu-alukan segala usaha yang bertujuan meningkatkan peluang parti untuk menang pada pilihan raya.

“Walaupun Bersatu mempunyai ramai pemimpin berkarisma dan berpengalaman dalam Majlis Pimpinan Tertingginya, pemimpin kita mesti mengambil kira nilai Khairy dari segi membawa lebih banyak undi,” kata Chong Fat Full.



Minggu lalu, Muhyiddin mempelawa Khairy menyertai Bersatu dan menawarkannya kerusi MPT.

Bagaimanapun, pada Isnin Khairy berkata beliau memerlukan masa untuk mempertimbangkan masa depan politiknya.

Khairy berkata, beliau tidak mahu sebarang keputusannya dibuat berdasarkan emosi atau membalas dendam, malah menyifatkan keputusan untuk memilih parti politik bukanlah sesuatu yang boleh diambil ringan. FMT

Akar umbi Bersatu tak senang tawaran Muhyiddin kepada Khairy



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah



Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker