Remaja maut terputus tangan, bergesel dengan lori tunda

Remaja maut terputus tangan, bergesel dengan lori tunda

KLUANG: Seorang pemandu lori tunda yang bimbang dipukul orang kampung bertindak melarikan diri daripada lokasi kemalangan selepas menyebabkan seorang remaja putus tangan kanan dan maut di Kilometer (KM) 95, Jalan Batu Pahat – Mersing, 12.20 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, lelaki berusia 48 tahun itu bertindak memandu sehingga ke Mersing selepas bergesel dengan motosikal Yamaha Y15ZR, dipandu mangsa, Mohammad Haziq Haiqal, 18.



Katanya, mangsa yang bekerja sebagai tukang gunting rambut dan mempunyai lesen memandu juga parah di kepala dan badan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati remaja itu dari arah Mersing menghala ke Kluang manakala penunda kenderaan pula dipercayai dari arah bertentangan.

“Apabila sampai di tempat kejadian, keduanya telah bergesel di kawasan tengah jalan berdasarkan serpihan yang berada di garisan berkembar tengah jalan.

“Akibat daripada perlanggaran berkenaan, penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian manakala penunda kenderaan tidak mengalami apa-apa kecederaan.



“Pemandu lori tunda yang takut dipukul oleh orang kampung tidak tunggu di tempat kejadian dan telah memandu terus ke Mersing,” katanya ketika dihubungi.

Bagaimanapun, beliau berkata, pemandu lori tunda berkenaan kemudian membuat laporan mengenai kemalangan berkenaan dan akan menjalani pemeriksaan ujian air kencing di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah untuk mengesan sama ada terdapat pengaruh dadah semasa memandu ataupun tidak.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. BH

Remaja maut terputus tangan, bergesel dengan lori tunda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah



Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker