Jihan Muse menafikan

Jihan Muse menafikan

DEMI mendedikasikan masanya terhadap keluarga, lama juga pengacara Jihan Muse berehat daripada industri hiburan terutama sejak melahirkan anak keduanya iaitu Ungku Altamis Barr yang kini berusia lapan bulan.

Keputusan Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa itu, sekali gus mengehadkan kelibatnya di televisyen. Pembabitan dalam hal kerja pun kurang sehinggakan ada pihak beranggapan dia bersara.

Bagaimanapun, isteri kepada pelakon Ungku Hariz Faizal, 38, itu menegaskan dia tidak pernah cakap ingin berhenti mahupun bersara. Katanya dia sendiri terkejut terpalit dakwaan sedemikian.

“Banyak tawaran ‘one-off’ luar daripada TV yang saya ambil. Rata-rata program yang ambil masa pendek. Kalau penggambaran drama saya tak buat dah. Buat masa ini memang tak ada.

“Jangan cakap berhenti ya, saya belum bersara. Sebab baru ada klien jumpa saya beritahu tak perbaharui kontrak sebuah produk ini. Saya tanya kenapa, katanya sebab saya sudah bersara.

“Saya nak beri pencerahan, saya belum bersara ya. Saya macam terkejut siapa yang cakap saya sudah bersara?” katanya.

Mengakui tumpuannya sekarang untuk keluarga semata-mata, Jihan paling berkira-kira dalam menerima tawaran bekerja. Dia sedar tenaganya perlu dibahagikan dengan cermat.

Apalagi selama lebih 14 tahun menjadi anak seni, sudah tak terkira pencapaian dirainya dalam kerjaya. Baginya dia tidak perlu mengejar apa-apa lagi selain hanya bekerja mengikut keselesaan diri.

“Pada usia sekarang, kalau nak pulun kerja, saya rasa saya tak mampu. Dari memaksa sebab tamak, tapi saya tak ‘perfomed’. Saya tahu saya akan penat. Jadi, lebih baik saya ambil tawaran yang saya betul-betul bersedia.

“Contohnya ada juga tawaran kerja untuk saya jadi hos. Tapi, saya cuba berunding kalau boleh ambil tugas posisi lain dan bukan sebagai hos. Sebab kalau hos, saya akan bagi komitmen penuh.

“Daripada proses ‘brainstorm’ saya akan terbabit, walaupun ada skrip, saya tetap nak tambah skrip sendiri. Kalau tak boleh beri komitmen begitu, saya akan tanya sama ada boleh tawarkan posisi lain,” katanya.

Jihan tidak berasa ralat pun sekiranya diberikan tawaran lain dan bukan hos utama. Hakikatnya, dia akui wajahnya banyak terbabit peranan sebegitu selepas ini.

“Contoh kalau disuruh jadi panel juri, boleh. Sebab masanya lebih pendek, tak perlu datang raptai, saya buat. Kebanyakan macam itu. Selepas ini mungkin lebih banyak nampak saya dengan watak sebegitu,” katanya.

Demi menjadi isteri dan ibu terbaik, Jihan ada misi sendiri merealisasikan impian itu. Katanya bergelar suri rumah banyak mengajarnya seribu satu kesedaran terpenting terutama menjadi ibu bapa.

“Saya berpandukan kepada sebuah pepatah yang saya baca dari orang lain. Sukses sebagai ibu adalah bila mana anak masih memerlukan kita meskipun mereka sudah besar. Saya nak hal itu jadi pada saya.

“Punca utama adalah suami. Saya jadi suri rumah pun banyak belajar daripada dia. Bukan sebab dia suruh atau mengajar. Untuk keluarga ini, saya bersyukur sangat dan suami adalah pemimpin terbaik untuk saya,” katanya.

Jihan juga menolak dakwaan sekiranya dia menjadi wajah eksklusif untuk jenama mahupun stesen TV tertentu. Katanya, dia cuma terikat dengan syarikat pengurusan saja setakat ini.

“Saya masih bersama LOL Entertaintment. Saya tak ada terikat sebagai muka stesen TV tertentu. Keluar (TV) pun jarang-jarang, nak kena cop macamana,” katanya.

Ingin terbit program sendiri persis Oprah

Memandang jauh ke hadapan, Jihan punya perancangan membawa skop pengacaraannya ke tahap lebih jauh. Dia ingin tampil dan terbitkan sesebuah program yang berguna kepada masyarakat.

Katanya, tidak lain dia mahu meninggalkan legasi program yang mampu menukar kehidupan seseorang. Meskipun hala tuju programnya belum ditentukan, kata kunci terpenting adalah bermanfaat.

“Tapi, kalau pada umur sekarang, saya nak buat program yang lain daripada apa pernah saya buat. Yang lebih matang, memberi manfaat dan inspirasi kepada orang.

“Saya tak tahu apa itu lagi kerana saya pun tak fikir dalam kepala lagi. Namun, saya ke arah itu. Saya nak tinggalkan hal yang memberi manfaat untuk orang gunakan.

“Saya boleh katakan sepersis Oprah. Tak berani nak kata sama macam itu, tapi saya idamkan program lebih kepada perkongsian manfaat dan saya terbitkan sendiri,” katanya.

Apa pun, Jihan berjanji tidak akan cuba mengubah karakter pengacaraannya. Sebagai anak seni yang bermula sebagai pelawak, dia tahu karakter semula jadinya tetap menebal dalam diri.

“Tapi, masih kena ada unsur lawak. Itu tak boleh hilang daripada diri saya. Sebab saya rasa macam pelik pula bila tiba-tiba tak ada elemen itu. Macam palsu sangat pula. Saya jadi diri sendiri saja, tapi kena seiring dengan umur,” katanya. HM

Jihan Muse menafikan

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Sampai hari ini saya tak makan ‘pisang’ – Tiz Zaqyah

Razman tidak pernah serik

3 siri nombor pendaftaran WP Putrajaya, FF9, FF99 dan FF999 dibeli individu yang sama

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker