Serbuan Swatch bukan soal warna tapi isu LGBT – Anwar

Serbuan Swatch bukan soal warna tapi isu LGBT – Anwar

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata serbuan pihak berkuasa ke atas kedai Swatch baru-baru bukanlah mengenai warna jam tangan yang dijual di kedai berkenaan, sebaliknya berkaitan isu Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT).

Bagaimanapun, Anwar berkata dia tidak mempunyai butiran mengenai kes itu dan menyerahkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk memberikan penjelasan.

“Biar KDN menjelaskan kerana saya tidak mempunyai butiran.

“Kecuali fakta bahawa ia bukan mengenai isu warna tetapi isu bahawa ia (mewakili lambang) LGBT,” kata Anwar kepada pemberita selepas menghadiri perayaan Islam Selangor di Shah Alam hari ini.

Perdana menteri diminta mengulas serbuan terhadap kedai Swatch kerana mempamerkan koleksi Pride di seluruh negara, yang berlaku pada 13 Mei dan 14 Mei lalu.

Koleksi jam yang dirampas itu terdiri daripada pelbagai warna pelangi, simbol yang diterima pakai oleh komuniti LGBT.

Dalam perkembangan berkaitan, Kumpulan Swatch berkata firma itu kecewa dan prihatin dengan rampasan jam tangan berwarna pelangi yang meraikan hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Kami lantang mencabar bahawa koleksi jam tangan kami yang menggunakan warna pelangi dan membawa mesej keamanan serta kasih sayang boleh mendatangkan bahaya kepada sesiapa sahaja,” kata ketua pegawai eksekutif syarikat itu, Nick Hayek pada satu kenyataan kepada Reuters.

Dilaporkan bahawa pegawai KDN menyerbu kedai Swatch di Pavilion Kuala Lumpur, One Utama, Sunway Pyramid, Setia City Mall, Mid Valley Megamall, Southkey, Sunway Putra Mall, Sogo KL, Queensbay, Fahrenheit 88 dan Suria Sabah.

Selanjutnya, lima lagi kedai Swatch diberi amaran – KTCC (Terengganu), Aeon KB, Aman Central Kedah, City Square dan Viva City Kuching.

Jam tangan “Koleksi Pride” pembuat jam tangan Switzerland itu dicipta untuk meraikan pergerakan ‘pride’ dan membawa mesej kesamarataan dan kepelbagaian.

Warna-warni pelangi melambangkan pergerakan LGBT, yang menyokong hak golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan interseks.

Syarikat itu berkata ia akan mengambil tindakan undang-undang untuk mendapatkan semula jam tangan tersebut, lapor akhbar Switzerland Tages-Anzeiger. Mk

Serbuan Swatch bukan soal warna tapi isu LGBT – Anwar

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker