Gaduh depan sekolah, polis tahan pelajar

Gaduh depan sekolah, polis tahan pelajar

JOHOR BAHRU: Polis menahan sekumpulan pelajar tingkatan tiga kerana dipercayai terlibat dalam pergaduhan di hadapan sebuah sekolah menengah di kawasan Kempas, petang semalam.

Ketua Polis Johor Bahru Utara Balveer Singh berkata pergaduhan yang berlaku pada jam 3.43 petang itu turut menyebabkan beberapa pelajar menerima rawatan di Hospital Sultanah Aminah kerana mengalami kecederaan luka di kepala serta lebam di kaki dan tangan.



“Siasatan polis mendapati kejadian berlaku berpunca daripada rasa tidak puas hati seorang daripada pelajar yang dibaling pemadam pensil oleh rakan sekelasnya, dua hari sebelum pergaduhan.

“Susulan itu, pihak polis telah membuat beberapa tangkapan dalam kalangan pelajar yang dipercayai terlibat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, Balveer menasihati agar masyarakat tidak mensensasikan kes tersebut kerana ia boleh memberi implikasi kepada keharmonian berikutan siasatan masih berjalan.



“Polis menasihati masyarakat agar bersikap rasional dalam menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi dan janganlah melakukan perbuatan melulu sehingga boleh dikenakan tindakan undang-undang,” katanya.

Semalam tular beberapa gambar pelajar sekolah dengan ada yang berlumuran darah di aplikasi WhatsApp yang mendakwa terdapat kejadian gaduh di Kempas. FMT

Gaduh depan sekolah, polis tahan pelajar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa



Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker