Darah tinggi antara pembunuh senyap tertinggi di dunia


Darah tinggi antara pembunuh senyap tertinggi di dunia

Hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan penyakit yang boleh membunuh masyarakat secara diam-diam ketika ini.

Menerusi perkongsian di Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan orang ramai perlu berwaspada kerana tidak ada tanda-tanda jika seseorang itu menghidapi penyakit ini.

“Hipertensi atau tekanan darah tinggi dikenali sebagai pembunuh senyap kerana biasanya tidak menunjukkan sebarang tanda atau gejala.

Menurutnya, hipertensi boleh menyebabkan kematian.

“Dianggarkan hipertensi menyebabkan 7.5 juta kematian iaitu kira-kira 12.8 peratus daripada jumlah semua kematian di seluruh dunia,” katanya.

Dalam kenyataannya lagi, antara salah satu faktor yang boleh meningkatkan penyakit hipertensi adalah pengambilan garam yang berlebihan.

“Pengambilan garam secara berlebihan merupakan salah satu sebab yang boleh meningkatkan risiko penyakit hipertensi.

“Sekiranya tidak terkawal, hal ini meningkatkan komplikasi penyakit seperti serangan jantung, strok, kanser dan kegagalan buah pinggang,” katanya. K Online

Darah tinggi antara pembunuh senyap tertinggi di dunia

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker