Norlia Ghani, Azrel Ismail diminta mohon maaf

Awesome TV tiada kena mengena isu bayaran tertunggak

Norlia Ghani, Azrel Ismail diminta mohon maaf

Norlia Ghani, Azrel Ismail diminta mohon maaf
Norlia dan Azrel diminat meminta maaf kepada Awesome TV berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan pada media.

PELAKON Norlia Ghani dan Azrel Ismail diminta untuk memohon maaf kepada pihak Awesome TV susulan mendakwa stesen itu gagal melunaskan bayaran tertunggak kepada mereka.

Awesome TV dalam satu kenyataan kepada mStar berkata, tuduhan dilemparkan oleh kedua-dua pelakon itu telah memburukkan nama mereka secara tidak adil.

Ini kerana, Awesome TV tiada kena mengena dengan isu pembayaran tertunggak yang dibangkitkan sebaliknya ia adalah tanggungjawab syarikat produksi yang telah dilantik bagi menerbitkan drama terbabit.



“Norlia Ghani dan Azrel Ismail dinasihatkan untuk meminta maaf kepada Awesome TV kerana telah memburukkan nama stesen secara tidak adil,” kata kenyataan tersebut.


Baca Artikel Menarik:

Shila Amzah nafi putus cinta dengan Ubai


Selasa lalu, Norlia meluahkan rasa kecewa terhadap Awesome TV dengan mendakwa gagal melunaskan bayaran untuk projek drama bersiri yang dijayakan sebelum bulan Ramadan.



Menerusi hantaran di Instagram, Norlia berharap stesen TV itu dapat menjelaskan bayaran tertunggak walaupun sedikit.

“Sedih sungguh di hati menunggu bayaran kerja dibuat sebelum bulan puasa, tetapi hari raya pun dah habis. Harap adalah bayaran walaupun sedikit,” tulisnya.

 

Norlia Ghani, Azrel Ismail diminta mohon maaf
Awesome TV tiada kaitan dengan isu bayaran tertunggak.

Azrel pula mendedahkan masih belum menerima wang sebanyak RM20,000 membabitkan lakonannya dalam drama bersiri 18 episod berjudul Jodoh Duda I dan akan mengambil tindakan sekiranya stesen TV itu gagal melunaskan bayaran sehingga hujung bulan ini.



Sementara itu, Awesome TV dalam kenyataan sama menyarankan para artis untuk menyemak kontrak sebelum membuat sebarang tuduhan melulu.

“Manakala golongan netizen pula janganlah membuat spekulasi dengan hanya mendengar sebelah pihak sahaja,” kata kenyataan itu.

 

Norlia Ghani, Azrel Ismail diminta mohon maaf


Baca Artikel Menarik:

Syamsul Yusof Tak Tahu Lafaz Cerai Dua Kali Puteri Sarah, Boleh Pulak Macam Tu



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker