Jawatankuasa Pendamai sahkan perkahwinan Puteri Sarah dan Syamsul tidak dapat diselamatkan

Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana

KUALA LUMPUR:  Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan di sini hari ini diberitahu, ikatan perkahwinan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin dan pengarah Syamsul Yusof tidak dapat diselamatkan.

Peguam Syarie Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah berkata, maklumat itu diperolehi hasil dapatan Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang mengadakan perbincangan dengan pihak-pihak yang mewakili pasangan suami isteri itu.

“Kedua-dua wakil Puteri Sarah dan Syamsul berpendirian perkahwinan itu tidak dapat diselamatkan dan mereka tidak sepakat untuk berdamai,” ujar beliau ketika ditemui wakil media di luar mahkamah selepas prosiding itu.

Ujar Akberdin, antara isu yang didedahkan ialah berlaku ‘shiqaq’ iaitu perbalahan yang berpanjangan dan gangguan pihak ketiga dalam rumah tangga pasangan itu.

“Pengerusi JKP juga maklumkan, Puteri Sarah mendakwa berlaku lafaz cerai sebanyak dua kali oleh Syamsul Yusof,” katanya.

Akberdin menjelaskan, jika mahkamah mensabit perceraian berlaku sebanyak dua kali, ini bemakna permohonan cerai Puteri Sarah merupakan kali ketiga.

Hari ini ditetapkan pendengaran keterangan pengerusi JKP yang mengendalikan perbincangan di antara wakil Puteri Sarah dan wakil Syamsul yang mana mahkamah berpuas hati, pegawai berkenaan telah mengendalikan perbincangan dengan tertib.

Akberdin turut memberitahu, pengerusi JKP memaklumkan, Puteri Sarah mendakwa berlaku lafaz cerai sebanyak dua kali oleh suaminya.

Menurut Akberdin, pihak Syamsul bagaimanapun menafikan dua lafaz cerai yang didakwa dilafazkan terhadap isteri pertamanya itu.

Ujarnya, mahkamah mahukan agar lafaz cerai sebanyak dua kali yang didakwa itu diselesaikan terlebih dahulu kerana ia melibatkan isu talak.

“Mahkamah perlu tahu talak ke berapa yang telah dilafaz oleh Syamsul iaitu melibatkan satu talak dan satu taklik.

“Oleh yang demikian mahkamah menetapkan satu tarikh lain bagi pihak-pihak membincangkan siapa yang akan memfailkan permohonan pengesahan di luar mahkamah.

“ Talak itu perlu disahkan sama  ada talak di luar mahkamah itu sabit atau sebaliknya,” ujar Akberdin.

Ujar Akberdin, mahkamah mencadangkan pengesahan lafaz cerai itu difailkan oleh Syamsul kerana talak itu di tangan suami.

Bagaimanapun, pihak Syamsul mahukan agar permohonan itu difailkan oleh Puteri Sarah kerana beliau yang membangkitkan isu lafaz cerai itu.

Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas kemudian menetapkan 14 Jun ini untuk memaklumkan kepada mahkamah perkembangan pemfailkan permohonan pengesahan penceraian.

Sementara itu, peguam syarie Azmi Mohd. Rais yang mewakili Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd. Shamsul Md. Yusof menafikan perceraian dua kali kerana tidak mengetahui dapatan laporan JKP berkenaan kerana ia dibuat secara berasingan.

“Susulan itu, mahkamah meminta isu itu diselesaikan terlebih dahulu sebelum kes ini dipanjangkan,” ujarnya.

Pada 18 April lalu, media melaporkan, keengganan pelakon itu menarik balik kes menghina mahkamah dan menganggu rumah tangganya yang difailkan terhadap Ira Kazar menjadi punca beliau dan Syamsul tidak bercerai pada hari tersebut.

Menurut Puteri Sarah, antara syarat yang diberikan oleh pengarah filem Mat Kilau itu adalah agar wanita itu menarik balik semua kes terhadap isteri kedua dan keluarga mentua baharunya itu.

“Mula-mula dah ada kata persetujuan hari itu bila dah berjumpa tetapi terdapat beberapa perkara yang Sarah tidak setuju.

“Pertama dia (Syamsul) suruh Sarah tarik balik kes terhadap keluarga Kazar. Sarah takkan tarik balik kes. Untuk apa Sarah berjuang selama ini, Sarah takkan tarik balik kes. Syarat di kalau nak lepaskan Sarah, Sarah kena tarik balik kes terhadap keluarga Kazar,” ujar pelakon itu.

Pada 7 Mac lalu, susulan keengganan Syamsul menceraikan Puteri Sarah, mahkamah memerintahkan mereka melantik wakil JKP

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa

Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker