Bumi terima isyarat pertama ‘makhluk asing’

Sepasukan saintis telah mengesan satu isyarat asing dari angkasa lepas, lapor portal berita MailOnline semalam.

Pasukan saintis dari Institut SETI berpangkalan di Lembah Silikon, Amerika Syarikat (AS) itu sebenarnya mengadakan simulasi isyarat yang dipancarkan daripada  kapal angkasa pengorbit Marikh pada pukul 3 petang (waktu tempatan).

Gelombang radio itu kemudian dikesan oleh tiga teleskop besar di Bumi dalam tempoh 16 minit.



Kejadian pertama seumpamanya itu didakwa akan memberi manusia pengalaman apabila dihubungi makhluk asing.

Saintis di AS dan Itali teruja apabila isyarat itu muncul pada skrin komputer mereka sebelum gelombang radio itu dimuat turut dalam beberapa bahagian.

Pasukan itu merahsiakan butiran penting penemuan itu termasuk jenis isyarat dan mesej yang disertakan.

Isyarat itu diterima tiga teleskop besar di seluruh dunia termasuk Allen Telescope Array (ATA) di California, Robert C. Byrd di Balai Cerap Green Bank (GBO) di West Virginia dan Stesen Astronomi Radio Medicina di utara Itali.



Penyelidik berkata, mesej itu dimuat naik petang semalam dan akan berkongsi dua pautan pada platform media sosial SETI. – Agensi

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa



Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker