NABILA RAZALI RAKAM VIDEO MASA TERIMA SUNTIKAN – DIKECAM NETIZEN

 NABILA RAZALI RAKAM VIDEO MASA TERIMA SUNTIKAN - DIKECAM NETIZEN

NABILA RAZALI RAKAM VIDEO MASA TERIMA SUNTIKAN – DIKECAM NETIZEN

Ramai selebriti sudah mengambil suntikan vaksin termasuk penyanyi dan pelakon Nabila Razali yang turut serta. Penyanyi lagu ‘Peluang Kedua’ itu berkongsi perkara tersebut menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik video serta foto ketika pengambilan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), Universiti Malaya (UM), semalam.

“Alhamdulillah.. Bella bersama Baby Joong-Ki dah pun selesai dapatkan dos pertama vaccine Covid-19 di Universiti Malaya tadi. Kejap je process dia. Tak sakit pun. Semua staff frontliner baik-baik. Thank you so much korang!” tulis Nabila.

Bagaimanapun, tindakan Nabila telah dipersoal netizen apabila dia juga dibenarkan merakam ketika menerima suntikan vaksin. Malah, bantal berbentuk dinosaur yang dibawa Nabila juga turut menjadi buah mulut netizen yang mempersoalkan apa keperluan membawa batal tersebut.

Hasil tinjauan di ruangan komen, ada segelintir netizen meluahkan rasa tidak puas hati kerana mereka tidak dibenarkan mengambil video seperti yang dilakukan oleh Nabila.

Kata netizen lagi, ada yang ditegur apabila mahu merakam video namun artis pula tiada masalah untuk berbuat demikian serta mendakwa petugas kesihatan bersikap pilih kasih.

“Kenapa perlu bawa benda alah (bantal) tu? bantal tu saja berapa banyak virus boleh melekat. Apa faedah eh? tak pasal-pasal nanti ramai pula bawa bantal,” tulis netizen.

Terdahulu, pelakon Fasha Sandha dikecam dan dipersoal netizen kerana dapat merakam proses vaksinasi namun tidak dibenarkan bagi segelintir rakyat.

FOTO

 NABILA RAZALI RAKAM VIDEO MASA TERIMA SUNTIKAN - DIKECAM NETIZEN

 NABILA RAZALI RAKAM VIDEO MASA TERIMA SUNTIKAN - DIKECAM NETIZEN

 NABILA RAZALI RAKAM VIDEO MASA TERIMA SUNTIKAN - DIKECAM NETIZEN

NABILA RAZALI RAKAM VIDEO MASA TERIMA SUNTIKAN – DIKECAM NETIZEN


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

MAIS Gagal Cari Nur Sajat [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker