Terbitkan berita palsu mengenai vaksin, doktor didenda RM5000

Sebaran :

Terbitkan berita palsu mengenai vaksin, doktor didenda RM5000 . Seorang doktor perubatan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen Kangar kerana menghasilkan penerbitan mengandungi berita tidak benar mengenai vaksin Sinovac, April lalu.

Jamnul Azhar Mulkan, 53, didakwa menggunakan aplikasi Facebook (FB) melalui akaun UiDM Polimas dan nama profil “UiDM Polimas” dengan niat menyebabkan ketakutan atau kebimbangan kepada orang awam, dengan mengadakan penerbitan mengandungi berita tidak benar melalui video ceramah diberikan olehnya.

Tertuduh yang berkerusi roda didakwa melakukan kesalahan itu di Klinik Kesihatan Beseri, Padang Besar pada 8.10 pagi, 20 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1) Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No 2) 2021 yang sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, tertuduh juga boleh didenda tidak melebihi RM1,000 bagi setiap hari selama kesalahan itu berterusan selepas sabitan.

Dia dilaporkan membayar denda itu, menurut laporan Harian Metro.

Kami yakin dengan Zahid, Bung jawab Nazri

Pendakwaan di hadapan Hakim Musyiri Peet dilakukan Pengarah Pendakwaan Perlis Mohd Nordin Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Khairul Hafizuddin Ramli.

Terdahulu, dalam rayuan bagi meringankan hukuman, Khairul berkata Jamnul adalah lulusan perubatan universiti di Mesir dan bukan individu antivaksin malah sudah menerima dua suntikan vaksin Covid-19.

Katanya, anak guamnya sudah berkahwin dan mempunyai lapan anak berusia 15 hingga 30 tahun dengan enam daripadanya masih belajar.

Tertuduh juga mempunyai klinik di Pendang, namun tidak dapat menguruskannya sepenuh masa disebabkan faktor kesihatan iaitu kencing manis dan darah tinggi, selain berkerusi roda selepas terbabit kemalangan pada 2017.

Sementara itu, Nordin meminta mahkamah mempertimbangkan perbuatan tertuduh yang mampu menimbulkan salah faham masyarakat dalam usaha kerajaan memberikan vaksin kepada rakyat.

Katanya, perbuatan tertuduh mampu merencatkan usaha kerajaan dalam usaha mendapatkan imuniti kelompok, berikutan ceramahnya itu tular sehingga menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Terbitkan berita palsu mengenai vaksin, doktor didenda RM5000


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Perpecahan Umno kepada 3 ‘puak’ siapa yang untung


Sebaran :

Leave a Reply