Penyanyi AF Aizat Amdan Menafikan Sudah Kahwin ‘Senyap-Senyap’

Penyanyi AF Aizat Amdan Menafikan Sudah Kahwin ‘Senyap-Senyap’

PENYANYI Aizat Amdan menafikan khabar angin mendakwa sudah berkahwin secara senyap-senyap dan mempunyai seorang anak.

Kata Aizat, 33, gambar bayi yang dimuat naik di laman Instagramnya, baru-baru ini merupakan anak saudaranya dan bukan anaknya.



Astaghfirullah, nauzubillah min zalik. Allahuakbar. Sebenarnya, muka budak itu memang macam muka saya.
“Budak itu yang kalian lihat dalam Instagram adalah anak kakak saya,” katanya ketika ditemui wartawan Gempak, baru-baru ini.

Aizat ditemui pada majlis berbuka puasa dan malam media Armani Entertainment Group di Hotel Hilton, di ibu negara, pada Rabu.

Sementara itu, mengulas mengenai hubungannya dengan seorang wanita bernama Elyssa Alia, Aizat memaklumkan bahawa itu teman wanitanya yang bakal dikahwini tidak lama lagi.

“Insya-Allah, ada dalam perancangan (untuk berkahwin). Dia merupakan orang yang istimewa dalam hidup saya.

“Sekarang ini, dia teman wanita sayalah senang cerita. Untuk benda-benda lain selepas ini, saya akan kongsikan kemudian,” ujarnya yang sudah selesai majlis merisik pada 12 Februari lalu.



Kedua-duanya berkenalan sejak dua tahun lalu dan Elyssa kini menguruskan kerjaya seni Aizan termasuk syarikatnya, Kasi Gegar Entertainment.-GEMPAK

Penyanyi AF Aizat Amdan Menafikan Sudah Kahwin ‘Senyap-Senyap’

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Guna pedang samurai serang suami isteri kerana enggan lakukan hubungan intim

Pak Imam tercabar, suara makmum lagi kuat dari Imam [VIDEO]



Zoey Rahman Kini Rapat Dengan Shakira Stephen Setelah Tiada jodoh Dengan Zarina Anjoulie



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker