Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan

PEJAM celik, kini dah seminggu kita berpuasa. Setiap hari memasak, mesti sudah mencuba pelbagai resipi untuk juadah berbuka dan bersahur bukan?

Bila sebut pasal berbuka atau bersahur, ramai antara kita memilih menu ayam sebagai hidangan.



Mana tidaknya, masakan berasaskan ayam memang selalu digemari ramai tidak kira kanak-kanak mahupun dewasa.

Jika selalu dengan ayam goreng kunyit yang ringkas itu, apa kata sesekali cuba pula ayam masak bawang ini.

Ada yang mengatakan ayam masak bawang merupakan menu top di restoran-restoran Nasi Kandar sekitar Pulau Pinang.

Tengok pun mengiurkan, pasti sedap kan!



Bahan-bahannya;

Ayam
3 biji bawang besar dihiris
Kunyit
Garam
Tiga sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang)
Daun pandan
Bawang putih dikisar
Halia dikisar
Sos tomato, cili , tiram
Serbuk cili
Gula

Cara membuatnya;

1. Dua biji bawang besar dihiris nipis dan digoreng menjadi bawang goreng. Ketepikan.
2. Ayam digaul garam dan kunyit digoreng separuh masak dengan minyak gorengan bawang tadi. Ketepikan.
3. Tumis sedikit minyak (gorengan ayam) dengan tiga sekawan bersama daun pandan. Masukkan juga dua sudu besar bawang putih yang dikisar. Goreng sehingga wangi, masukkan pula sebiji bawang besar yang dikisar.
4. Masukkan dua sudu besar sos tomato, cili, tiram dan serbuk cili. Boleh juga ditambah sedikit garam, jintan putih dan rempah daging. Masak sampai pekat dan pecah minyak.
5. Masukkan sedikit gula kemudian ayam yang digoreng tadi. Kacau sebati sampai kuah bersalut pada ayam. Perasakan bagi cukup masam, masin dan manis.
6. Masukkan bawang goreng (lagi banyak lagi sedap) dan kacau sebati. Siap untuk dihidangkan.



Selamat mencuba, semoga bermanfaat.

Sumber: Resipi Panas

Resepi Ayam Masak Bawang Mengiurkan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia



‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker