Ronaldo disiasat polis kerana hempas telefon bimbit penyokong

Ronaldo disiasat polis kerana hempas telefon bimbit penyokong

Polis Merseyside sedang meneliti rakaman CCTV untuk menentukan sama ada bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo melakukan kesalahan dengan menghempas telefon bimbit daripada tangan penyokong selepas The Red Devils tewas 0-1 di Everton semalam.

Rakaman video mengenai insiden itu tular dengan Ronaldo ketika itu keluar dari padang dan menuju ke terowong di Goodison Park selepas tamat perlawanan.

Saksi berkata, bintang berusia 37 tahun itu kemudian menepis telefon bimbit penyokong dan menghempasnya sebelum Ronaldo menerusi akaun Instagram miliknya memohon maaf atas insiden itu.

Jurucakap Polis Merseyside berkata pasukan itu sedang berhubung dengan kedua-dua kelab selepas menerima laporan insiden itu.

“Ketika pemain meninggalkan padang pada jam 2.30 petang, dilaporkan bahawa seorang budak lelaki telah diserang oleh salah seorang pemain pasukan pelawat ketika mereka meninggalkan padang.

“Siasatan sedang dijalankan dan pegawai sedang bekerjasama dengan Kelab Bola Sepak Everton untuk meneliti rakaman CCTV dan menjalankan siasatan sebelum menentukan sama ada kesalahan dilakukan,” kata jurucakap itu.

Kekalahan itu menyebabkan United berada di tangga ketujuh di saingan Liga Perdana sekali gus berdepan prospek terlepas tiket ke Liga Juara-Juara musim depan. BH

Ronaldo disiasat polis kerana hempas telefon bimbit penyokong


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker