Kalau diusir, kami pacak khemah depan pejabat PKB

Kalau diusir, kami pacak khemah depan pejabat PKB

Kira-kira 40 keluarga yang mendiami Flat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Sungai Baru di Kampung Baru, tekad mahu mendirikan khemah di pekarangan Pejabat Perbadanan Kampong Bharu (PKB).

Pengerusi Persatuan Komuniti Sungai Baru, Syed Salehuddin Syed Abdullah, berkata tindakan itu dimuktamadkan kumpulan penduduk terbabit selepas diarah mengosongkan kediaman masing-masing.



Beliau mendakwa, kumpulan penduduk berkenaan diarah mengosongkan rumah masing-masing dalam tempoh 21 hari selepas Borang K dikeluarkan Jabatan Tanah dan Galian (JTG) dikeluarkan pada 22 Mac lalu.

Katanya, kumpulan penduduk terbabit tidak ditawarkan rumah sebagai alternatif bagi proses pengusiran dari kediaman mereka.

“Kita belum membuat apa-apa persediaan mengemas kelengkapan rumah. Tindakan mereka mengusir penduduk dalam bulan puasa sangat tidak wajar dan tidak sensitif.

“Malah, nilai pampasan ditawarkan terlalu rendah iaitu antara RM240,000 hingga RM260,000. Kami mampu beli rumah di lokasi mana di sekitar Kuala Lumpur dengan kadar itu?



“Kami tiada rumah lain untuk didiami dan flat ini dibeli oleh orang tua kami satu ketika dahulu. Bukannya kami tinggal di rumah setinggan, wajarkah kami dilayan seperti ini?” katanya kepada BH, hari ini.

Sebelum ini, rancangan pembangunan di Kampung Sungai Baru dilapor membabitkan penduduk di dua jenis kediaman iaitu flat PKNS dan rumah di tanah persendirian, dengan 264 daripada 328 unit adalah flat dan selebihnya rumah teres dianggar berkeluasan 6.8 hektar.

Pada Julai 2021, penduduk di Kampung Sungai Baru menerima surat Warta Seksyen 8 Akta Pengambilan Tanah 1960 yang memaksa mereka keluar dari tanah itu dengan pampasan.

Namun, difahamkan 30 peratus penduduk tidak bersetuju dengan pampasan ditawarkan, iaitu RM240,000 hingga RM260,000 bagi unit flat dan kira-kira RM400 sekaki persegi bagi kategori rumah teres.



Nilai berkenaan dikatakan jauh lebih rendah berbanding anggaran jurunilai dilantik pihak penduduk yang menyatakan kadar RM1,500 sekaki persegi untuk tanah sahaja, tidak termasuk bangunan.

Syed Salehuddin turut mempersoalkan tindakan Jabatan Tanah dan Galian (JTG) mengeluarkan notis pengosongan kepada penduduk flet terlebih dahulu tanpa menunggu keseluruhan proses pengambilan tanah di situ selesai.

“Mengapa tak keluarkan notis selepas proses pengambilan tanah di rumah teres dan flat selesai? Kenapa perlu usir kami dulu?

“Kami buntu manakala Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Rina Harun, yang mewakili kawasan ini tidak membantu penduduk.



“Setiap kali soalan berkaitan diajukan, beliau hanya kata akan diajukan kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim tetapi tiada penyelesaian sehingga kini,” katanya.

Sementara itu, Shahidan ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan membincangkan perkara berkenaan bersama pihak berkepentingan esok.

“Saya pun belum dapat maklumat tepat mengenai perkara ini kerana urusan pengambilan tanah ini dibuat oleh PTG, bukannya Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya masih di peringkat rundingan dan mereka akan beri maklumat minggu depan. Kita akan nilai semula perkara ini esok.



“Difahamkan pemilik unit yang mendapat notis sudah mendapat pampasan dari pihak kerajaan, selain notis tidak menyatakan tarikh mereka perlu keluar, bukan Ramadan mahupun Aidilfitri,” katanya. BH

Kalau diusir, kami pacak khemah depan pejabat PKB


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Bazar Ramadan 2022: Ini senarai 18 bazar yang terbaik seluruh negara

Bayar atau tak boleh keluar dari Malaysia

‘Tiga beradik’ Juadah Istimewa Menjadi Rebutan Di Bulan Ramadan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker